Tembok masjid runtuh, dirempuh kereta elak anjing

LocalCars
2 Mar 2024 • 9:49 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Orang ramai melihat sebuah kereta terbabas dan merempuh tembok Masjid An-Ni’mah, Bukit Piatu, di sini, pada awal pagi Jumaat.

image is not available
Sebahagian tembok masjid runtuh dirempuh kereta berkenaan.

MELAKA - Gara-gara mahu mengelak anjing melintas, sebuah kereta dipercayai merempuh tembok Masjid An-Ni’mah, Bukit Piatu, di sini, pada awal pagi Jumaat.

Dalam kejadian lebih kurang jam 2 pagi itu, pemandu kereta berusia 51 tahun bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, ketika kejadian, pemandu terbabit dalam perjalanan dari arah Taman Semabok Perdana menuju ke Bukit Baru.

"Namun setiba di lokasi kejadian, dipercayai seekor anjing melintas secara mengejut dan dia cuba mengelak.

"Keadaan itu menyebabkan kenderaannya terbabas lalu melanggar tembok masjid hingga runtuh selain keretanya mengalami kerosakan di bahagian hadapan,” katanya ketika dihubungi di sini pada Sabtu.

**media[2558320]**

Jelasnya, tiada sebarang rakaman sistem kamera litar tertutup (CCTV) di tempat kejadian dan siasatan lanjut masih diteruskan.

"Siasatan dijalankan di bawah Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 (Rule 10 LN 166/59) kerana gagal mengawal kenderaan ketika memandu sehingga menyebabkan kemalangan," katanya lagi.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved