Temerloh paling panas, Chuping catat hujan tertinggi

LocalEnvironment
5 Aug 2026 • 1:49 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Temerloh paling panas, Chuping catat hujan tertinggi

PETALING JAYA – Stesen Meteorologi Temerloh, Pahang merekodkan suhu maksimum tertinggi di Malaysia semalam apabila mencatat bacaan 35.4 darjah Celsius (°C).

Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) memaklumkan, secara keseluruhan purata suhu maksimum harian di semua Stesen Utama ialah 33.3°C berdasarkan rekod semalam.

“Bagi taburan hujan pula, Stesen Meteorologi Chuping, Perlis merekodkan jumlah hujan harian tertinggi iaitu 83.2 milimeter (mm).

“Stesen Meteorologi Batu Pahat, Johor berada di kedudukan kedua dengan bacaan 71.0mm, diikuti Stesen Meteorologi Langkawi, Kedah yang merekodkan 60.0mm,” katanya.

Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa peka terhadap perubahan cuaca serta merancang aktiviti harian dengan mendapatkan maklumat cuaca terkini menerusi laman sesawang dan media sosial rasmi MetMalaysia. – KOSMO! ONLINE

The post Temerloh paling panas, Chuping catat hujan tertinggi appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved