‘Tempah barang lain dapat lain, tetapi boleh tukar’

LocalPolitics
11 Sep 2026 • 5:26 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: ‘Tempah barang lain dapat lain, tetapi boleh tukar’

KUALA LUMPUR: “Order barang lain, dapat barang lain, tetapi kita boleh tukar.”

Demikian respons Ketua UMNO Bahagian Tampin, Datuk Mohd Isam Mohd Isa ketika mengulas pelantikan Menteri Besar Negeri Sembilan baharu susulan keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan.

Katanya, perkara berkenaan tidak perlu dipersoalkan kerana ia merupakan sebahagian daripada proses politik dan keputusan yang telah dibuat.

“Saya terpanggil untuk memberi respons terhadap kenyataan ‘order barang lain, dapat barang lain’.

“Saya percaya, kita semua bersetuju, pucuk pangkal hal ini sebenarnya adalah soal rezeki masing-masing.

“Walau bagaimanapun, barangan yang tidak betul, kita ada platform untuk laporkannya kepada Tribunal Tuntutan Pengguna.

“Kita boleh tukar, kita boleh dapat refund balik, Yang Amat Berhormat Presiden,” katanya ketika menyokong usul Presiden UMNO pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2026, di sini hari ini. –UTUSAN

The post ‘Tempah barang lain dapat lain, tetapi boleh tukar’ appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved