Menang PRN, jangan cepat selesa! Noor Azleen ingatkan UMNO tentang PRU16

LocalPolitics
10 Sep 2026 • 3:50 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Kemenangan bergaya UMNO dan Barisan Nasional (BN) di Johor serta Negeri Sembilan bukan jaminan parti itu akan memenangi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16), sebaliknya momentum berkenaan perlu dipertahankan dengan kerja keras dan strategi yang lebih tersusun.

UMNO tidak boleh terlalu selesa

Ketua Pemuda UMNO Johor, Noor Azleen Ambros menyatakan, UMNO tidak boleh terlalu selesa dengan pencapaian dalam beberapa siri Pilihan Raya Kecil (PRK) dan Pilihan Raya Negeri (PRN) kerana sokongan pengundi boleh berubah pada bila-bila masa.

Image from: Menang PRN, jangan cepat selesa! Noor Azleen ingatkan UMNO tentang PRU16

Kemenangan di PRN jadi peluang fahami rakyat

Menurutnya, kemenangan di Johor dan Negeri Sembilan perlu dijadikan peluang untuk memahami sebab rakyat kembali memilih BN, bukannya sekadar meraikan kejayaan tersebut.

Beliau berkata, pengundi hari ini tidak lagi boleh dianggap sebagai fixed deposit mana-mana parti kerana sokongan mereka bergantung kepada prestasi serta keadaan semasa.

“Kita perlu menginsafi – kemenangan UMNO dan Barisan Nasional dalam beberapa siri PRK serta PRN, bukanlah jaminan kemenangan dalam PRU akan datang.
A winning streak won’t guarantee GE-16 victory. UMNO perlu terus kekal fokus, dan mengatur gerak strategi dengan bijak, sambil terus mendalami realiti dan pengharapan rakyat biasa. Kita perlu sedar – arus sokongan pengundi tidak pegun.
Sokongan pengundi berubah-ubah, mengikut mood dan keadaan semasa. Pengundi tidak lagi menjadi fixed deposit, atau milik mutlak mana-mana parti. Parti politik tidak lagi memiliki pengundi secara automatik – termasuk pengundi muda, pengundi Melayu, mahupun pengundi bukan Melayu,” ujarnya.

Image from: Menang PRN, jangan cepat selesa! Noor Azleen ingatkan UMNO tentang PRU16

Justeru, Noor Azleen menegaskan UMNO perlu terus berada di hadapan dalam memperjuangkan isu rakyat, termasuk kos sara hidup, peluang pekerjaan, pemilikan rumah, pendidikan dan cabaran yang dihadapi golongan muda.

Dalam pada masa yang sama, beliau mahu UMNO dilihat sebagai parti yang mempunyai tawaran jelas untuk mentadbir negara dengan lebih baik sekiranya diberikan mandat oleh rakyat.

“UMNO tidak boleh lagi hanya berperanan sebagai pelengkap. Apatah lagi hanya sebagai pemanas kerusi.”
“UMNO perlu bersedia, dan mempersiapkan diri, untuk kembali dominan – dan mendominasi,” tegasnya.

Perlu jaga kepentingan dan hak setiap kaum

Menurut Noor Azleen, matlamat tersebut perlu diterjemahkan menerusi usaha mendapatkan mandat yang jelas dan tersendiri pada PRU-16, selain memastikan parti terus relevan dengan denyut nadi rakyat.

Dalam ucapannya, beliau turut menyentuh keperluan memperkukuh perpaduan Melayu serta menawarkan agenda baharu yang mampu menjawab cabaran ekonomi, pendidikan, kepimpinan dan tadbir urus.

“Kita perlu tegas menjaga kepentingan Melayu, Bumiputera dan Islam, sambil tetap menghormati hak kaum-kaum lain – supaya sokongan yang kita bina bersifat mapan, bukan sementara.
“We fight for the Malays — but not at the expense of the others,” ujarnya.

Beliau pada masa sama menegaskan kerjasama UMNO dalam Kerajaan Perpaduan bersama Pakatan Harapan perlu dilihat sebagai persinggahan sementara dan bukan destinasi akhir perjuangan parti.

“Kerajaan Perpaduan yang kita anggotai ini hanyalah suatu titik persinggahan. Persinggahan sementara mengumpul kekuatan.”
“Ia bukan destinasi akhir. Kerana matlamat akhir kita adalah untuk kembali dominan dan mendominasi,” katanya lagi.

Noor Azleen turut menyeru agar agenda penyatuan bangsa dijadikan hala tuju strategik UMNO menuju PRU-16 dengan tawaran yang jelas, berprinsip dan diyakini rakyat.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved