Tempah Kek Rekaan Lembu Dari Bakeri Di Miri Tapi Pelanggan Kongsi Gambar Hasil Kek Serupa Babi

21 Oct 2022 • 11:11 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Pelanggan kongsi gambar kek serupa babi padahal tempahan mahukan kek rekaan lembu

Tempah Kek Rekaan Lembu Dari Bakeri Di Miri Tapi Pelanggan Kongsi Gambar Hasil Kek Serupa Babi. Kalau kita nak buat kejutan ke atau nak sambut hari jadi orang tersayang, pasti kita sibuk nak urus dan tempah bermacam-macam termasuk kek.

Namun, satu perkongsian telah tular di media sosial apabila seorang pelanggan memuatnaik gambar kek yang ditempahnya dari sebuah bakeri di Miri apabila kek tersebut serupa babi.

image is not available
Tempah Kek Rekaan Lembu Dari Bakeri Di Miri Tapi Pelanggan Kongsi Gambar Hasil Kek Serupa Babi. Sumber gambar: FB Siew Kim Lee

Resit tunjuk tempah ‘design’ lembu dan kek juga kelihatan merekah

Mengikut resit tempahan, pelanggan ini meminta untuk kek tersebut direka dengan rekaan lembu. Namun, alangkah kecewanya apabila kek tersebut tidak serupa yang apa yang diingini. Malah, kek tersebut pula serupa dengan babi.

Bukan itu sahaja, melalui perkongsian gambar kek tersebut, jelas kelihatan bahawa kek tersebut merekah di bahagian sisinya. Mungkin hal ini berlaku kerana kek tersebut sudah disiapkan terlebih awal dan disimpang di dalam peti sejuk dalam tempoh yang lama.

image is not available
Tempah Kek Rekaan Lembu Dari Bakeri Di Miri Tapi Pelanggan Kongsi Gambar Hasil Kek Serupa Babi. Sumber gambar: FB Siew Kim Lee

Dengan perkongsian seperti ini, diharap pengusaha-pengusaha bakeri yang menerima tempahan kek di luar sana dapat bertindak sewajarnya agar menjaga kepuasan pelanggan.

Boleh baca cerita yan menarik yang lain yang berkaitan dengan isu penjual dan pelanggan di dalam artikel dibawah: