‘Rare’, Tular Individu Kongsi Gambar Baju Dipercayai Ada Ganja, Undang Pelbagai Reaksi Netizen

20 Oct 2022 • 8:47 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Rekaan ’rare’, ada ganja dalam rekaan baju

‘Rare’, Tular Individu Kongsi Gambar Baju Dipercayai Ada Ganja, Undang Pelbagai Reaksi Netizen. Semenjak kebelakangan ini sememangnya isu ganja ini hangat diperkatakan di media sosial. Belum lagi dengan kejadian orang awam memiliki ganja dan ada juga yang didakwa kerana positif mengambil ganja semasa bercuti ke Thailand.

Terbaru, seorang individu telah tular di Facebook apabila beliau telah memuatnaik gambar baju yang cukup ’rare’. Dimana gambar baju yang telah dimuatnaik tersebut dipercayai memiliki sejumlah ganja pada bahagian hadapan rekaan baju tersebut.

image is not available
‘Rare’, Tular Individu Kongsi Gambar Baju Dipercayai Ada Ganja, Undang Pelbagai Reaksi Netizen. Sumber gambar: FB Bob Mal Ley

Kualiti 9/10, bernilai RM120,099

Dengan kapsyen yang menyatakan kualiti baju tersebut masih memiliki kualiti yang baik dengan rating 9/10, harga jualan baju tersebut telah dibuka dengan nilai RM120,099.

image is not available
‘Rare’, Tular Individu Kongsi Gambar Baju Dipercayai Ada Ganja, Undang Pelbagai Reaksi Netizen. Sumber gambar: FB Bob Mal Ley

Bukan itu sahaja, seperti yang diketahui, di Malaysia, ganja masih tidak ‘dihalalkan’ oleh akta kerajaan untuk dimiliki, ditanam, mahupun digunakan walaupun atas alasan kesihatan. Jadi, individu ini turut menyelitkan sesuatu di dalam kapsyen beliau dimana beliau mencari pembeli yang berani sahaja.

Cetus pelbagai reaksi, netizen tinggalkan komen daripada sudut berbeza

Dengan tularnya perkongsian ini, segelintir netizen mula berseleroh di ruangan komen. Ada yang meninggalkan komen berunsur gurauan, ada juga yang meninggalkan komen yang seolah-olah menyindir perbuatan segelintir netizen yang meninggalkan respon juga.

image is not available
‘Rare’, Tular Individu Kongsi Gambar Baju Dipercayai Ada Ganja, Undang Pelbagai Reaksi Netizen. Sumber gambar: FB Bob Mal Ley

Dengan adanya akta yang tidak membolehkan kegunaan ganja ini di Malaysia, semoga perkongsian tersebut tidak menjejaskan periuk nasi individu tersebut sendiri jika dikesan oleh pihak berkuasa dan untuk segelintir netizen pula, berhati-hati apabila merespon.

Boleh baca artikel yang berkaitan dengan isu ganja ini di bawah: