Tempahan Nissan Kicks e-Power Kini Dibuka – Capai Hampir 22KM/L, Bawah RM130,000?

LocalCars
25 Nov 2024 • 1:00 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Pengedar rasmi jenama Nissan di Malaysia, Edaran Tan Chong Motor (ETCM), kini membuka tempahan untuk model terbarunya, Nissan Kicks e-Power. SUV segmen B ini dijangka akan dilancarkan secara rasmi pada Disember 2024, berkemungkinan semasa Pameran Mobiliti Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS 2024). Model yang dianggarkan akan dijual pada harga di bawah RM130,000 ini boleh ditempah di mana-mana pusat pengedaran sah Nissan.

Teknologi e-Power

image is not available

Nissan Kicks e-Power adalah model pertama di Malaysia yang menggunakan teknologi hibrid elektrik inovatif e-Power. Teknologi ini menggabungkan enjin pembakaran dalaman (ICE) dengan sistem motor elektrik, menjadikannya sebuah model Extended-Range Electric Vehicle (EREV).

image is not availableimage is not available

Dua varian import sepenuhnya (CBU) akan ditawarkan iaitu VL dan VLT. Varian tertinggi, VLT, dilengkapi dengan sistem keselamatan ADAS yang berjaya meraih penarafan 5 bintang dalam Program Penilaian Kereta Baharu ASEAN (ASEAN NCAP).

Prestasi & Kecekapan Bahan Api

Sistem EREV Kicks e-Power dipasangkan dengan enjin petrol 1.2 liter 3 silinder sebagai penjana kuasa untuk motor elektrik depan dan bateri 2.1 kWj. Ia mampu menghasilkan kuasa 127 hp (129 ps) dan tork 280 Nm, membolehkan pecutan 0-100 km/j dalam masa 9.5 saat.

image is not available

Dengan sistem trenkuasa ini, Kicks e-Power menjanjikan penjimatan bahan api yang tinggi, dianggarkan boleh mencapai jarak 21.7 km dengan 1 liter minyak, dan boleh menempuhi perjalanan sehingga 900 km dengan tangki penuh 41 liter.

Pakej Waranti Khas Untuk Komponen Elektrik

Pembelian Kicks e-Power adalah termasuk pakej waranti menarik daripada ETCM yang termasuk waranti standard kenderaan selama 5 tahun atau 100,000 km dan waranti selama 8 tahun atau sehingga 160,000 km untuk bateri bervoltan tinggi, inverter, ECU dan motor elektrik.

Untuk maklumat lebih lanjut, jom baca ulasan terperinci dan laporan pandu uji Nissan Kicks e-Power yang pernah kami kongsikan sebelum ini: Pandu Uji Nissan Kicks e-Power Kali Pertama

image is not available