Tempahan Untuk Smart #3 Kini Dibuka Bersama Harga Yang Telah Dikemaskini Untuk Smart #1

27 May 2024 • 10:00 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

image is not available

Tempahan Untuk Smart #3 Kini Dibuka Bersama Harga Yang Telah Dikemaskini Untuk Smart #1

SERDANG, 21 Mei 2024 – Pada acara Malaysia Autoshow 2024 yang berlangsung di MAEPS Serdang, smart Malaysia telah melancarkan SUV Coupe smart #3 dan sedia menerima tempahan daripada orang ramai. Acara tersebut juga dihadiri oleh tetamu-tetamu kehormat seperti Ts Mohd Sharulnizam Sarip, Ketua Pegawai Operasi MARii. Ini menandakan satu pencapaian penting bagi smart Malaysia sebagai negara pertama di ASEAN yang menerima tempahan pelanggan untuk smart #3 yang dinanti-nantikan.

Bertemakan ‘Chase the Thrill’, program tersebut bertujuan untuk membangkitkan keterujaan orang ramai terhadap Premium Dynamic Urban Companion anda, di mana kombinasi gaya dan keunggulan meningkatkan prestasi di jalan raya. smart #3 telah mendapat penghargaan antarabangsa dengan memenangi kedua-dua Anugerah Reka Bentuk iF.

smart #3 telah mendapat pengiktirafan antarabangsa dengan memenangi Anugerah Reka Bentuk iF dan Anugerah Reka Bentuk Red Dot. Ini adalah bukti kualiti reka bentuk yang luar biasa dan inovasi canggih yang dihasilkan oleh pasukan reka bentuk global Mercedes-Benz.

image is not available

“Saya sangat berbesar hati menyambut kedatangan smart #3 ke dalam portfolio kami yang mempunyai tiga varian yang menarik,” kata Zhang Qiang, Ketua Pegawai Eksekutif smart Malaysia. “Pengumuman mengenai tawaran smart #3 ini memberi ganjaran kepada para pelanggan untuk mengambil peluang menjadi antara pemilik terawal smart #3. “Sebagai persediaan unutk penghantaran bagi suku ketiga tahun ini, 13 pengedar rasmi smart telah bersedia sepenuhnya dalam menyediakan perkhidmatan kepada pelanggan. Dengan ini, smart menjemput orang ramai untuk bersama-sama mengalami perjalanan menuju mobiliti lestari”, tambahnya.

Pelanggan yang membuat tempahan awal berpeluang menerima barangan rasmi smart eksklusif bernilai sehingga RM1,500. Tawaran terhad ini dikhaskan kepada 333 pelanggan pertama, dengan bayaran tempahan RM1,000 yang boleh dikembalikan semula.

Premium Dynamic Urban Companion – BRABUS, Premium, dan Pro

image is not available

smart #3 memperkenalkan 3 varian yang menarik iaitu varian BRABUS, Premium dan Pro yang direka khas untuk pasaran di Malaysia. Setiap varian menawarkan ciri-ciri unik, dari segi reka bentuk yang unggul hingga kecekapan pemanduan yang dinamik. Varian seperti BRABUS dan Premium, kedua-duanya menawarkan pengecas AC 22kWj yang terbaik dalam segmennya dengan keupayaan untuk mengecas bateri anda dari 10% hingga 80% dalam masa kurang dari 3 jam.

Selain itu, smart #3 juga menambah baik teknologi keselamatan terkini, dengan 23 sensor berketepatan tinggi yang menyokong 21 fungsi ADAS demi memastikan keselamatan pemandu di jalan raya.

smart #3 Premium menampilkan Panoramic Halo Roof, CyberSparksLED+ dengan bantuan lampu adaptif, Gril Hadapan Bercahaya, dan Bateri NCM 66kWj. Ia dilengkapi dengan motor 200kW/343Nm yang memacu roda belakang kenderaan, memberikan jarak WLTP sehingga 455km.

Berbeza pula varian smart #3 BRABUS dengan mempamerkan masa pecutan 0-100km/j yang mengagumkan dan mencapai Mod Rocket Launch dalam masa 3.7 saat. Untuk memberi kuasa kepada prestasi luar biasa ini, smart #3 BRABUS dilengkapi kuasa pemanduan dwi-motor dengan pacuan empat roda (AWD) 315kW/543Nm, memastikan pengendalian dan daya cengkaman yang luar biasa dan dapat memberikan jarak WLTP sehingga 415km.

Tempah smart #3 di pengedar rasmi smart yang terdekat atau melalui Aplikasi Hello smart.

Model Premium & Pro smart #1 Kini Mampu Milik

image is not available

smart Malaysia memperkenalkan struktur harga baharu mampu milik untuk model smart #1 Premium dan Pro. Penyesuaian strategik ini selari dengan harga dari smart Global, dalam mencerminkan komitmen kami untuk menyediakan nilai yang hebat dan memupuk inklusiviti dalam komuniti smart. Dengan mempermudahkan akses kepada kenderaan elektrik, smart ingin meningkatkan pengalaman memiliki kenderaan elektrik serta mengukuhkan ikatan bersama dengan para pelanggan.

Demi menghargai para pelanggan smart, smart Malaysia menawarkan pakej servis kenderaan 4 tahun secara percuma kepada pemilik sedia ada smart #1 Premium dan Pro. Inisiatif ini menunjukkan dedikasi smart untuk memastikan para pelanggan dihargai dan memupuk komuniti smart dengan lebih kukuh. smart dengan bangganya menyediakan faedah ini sebagai tanda penghargaan ke atas kesetiaan mereka.

“Kami sentiasa berusaha untuk memberikan yang terbaik kepada pelanggan kami,” kata Zhang Qiang, Ketua Pegawai Eksekutif smart Malaysia. “Dengan menurunkan harga smart #1, kami berhasrat untuk menyatukan pelanggan ke dalam komuniti smart, memupuk kesepaduan dan membolehkan penyertaan penuh dalam ekosistem yang kami sediakan. Dengan berbuat demikian, smart dapat meningkatkan Pengalaman Pemilikan Premium kepada pembeli.

Harga Baru OTR (tanpa insurans) untuk smart #1 Premium dan Pro – dengan Cukai Jualan dan Perkhidmatan adalah seperti berikut:

smart #1 Premium RM209,000
smart #1 Pro RM169,000

Pelanggan boleh menghubungi pengedar rasmi smart untuk mengetahui lebih lanjut mengenai smart #3 atau memuat turun Aplikasi Hello smart dari Apple App Store, Google Play Store, dan Huawei App Gallery untuk membuat tempahan #3. Untuk maklumat lanjut, sila layari https://my.smart.com/#/.