Marshall Major V Disenaraikan Di Malaysia Pada Harga RM799

TechnologyDigital
27 May 2024 • 11:24 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Fon kepala baharu Marshall Major V telah mula disenaraikan di Malaysia dengan harga RM799. Ia boleh dibeli melalui kedai rasmi Marshall di Lazada dan Shopee bersama waranti selama setahun diberikan bersama. Satu-satunya pilihan warna yang disediakan pula ialah hitam.

image is not available

Salah satu peningkatan terbesar pada Marshall Major V ialah tempoh penggunaan yang lebih lama. Ia boleh berfungsi lebih 100 jam berbanding 80 jam pada generasi sebelum. Ia juga dilengkapi pemandu audio jenis dinamik sebesar 40mm yang dikatakan mampu menghasilkan kualiti bunyi cukup baik pada sebarang kelantangan. Dikuti dengan reka bentuk tahan lasak dan boleh dilipat yang membuatkannya mudah dibawa ke mana-mana.

image is not available

Terdapat juga M-Button terbina yang boleh diubahsuai untuk pelbagai fungsi dengan serta-merta. Misalnya boleh digunakan untuk membuka aplikasi Spotify, melaras tetapan EQ dan mengaktifkan pembantu maya. Selain turut boleh berfungsi secara nirwayar sekiranya perlu yang juga menyokong bluetooth LE.