Tempat Awam Di Tawau Tercemar Dan Dipenuhi ‘Palauh’, Netizen Gesa Pihak Berkuasa Ambil Tindakan

8 Feb 2023 • 12:28 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Masalah ini sedang beralutan dan netizen meminta pihak berkuasa untuk mengambil tindakan

Tempat Awam Di Tawau Tercemar Dan Dipenuhi ‘Palauh’, Netizen Gesa Pihak Berkuasa Ambil Tindakan. Isu pendatang asing tanpa izin (PATI) di Sabah bukanlah isu yang baharu. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Sabah telah menjadi rumah kepada ramai orang tanpa kerakyatan yang digelar penduduk tempatan sebagai ‘pilak‘ dan ‘palauh’, dengan ramai penduduk tempatan mendapati kumpulan ini mengganggu pemandangan.

Isu itu juga semakin berleluasa di Tawau, apabila baru-baru ini ada yang berkongsi pemandangan tempat awam di situ kotor akibat sampah dan sekumpulan ‘palauh’ ‘berkampung’ di kawasan itu – menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan.

image is not available
Tempat Awam Di Tawau Tercemar Dan Dipenuhi ‘Palauh’, Netizen Gesa Pihak Berkuasa Ambil Tindakan

“Di mana kah pihak berwajib?” – netizen

Dalam video yang dikongsikan oleh laman Facebook My Sabah baru-baru ini, seorang individu merakam pemandangan tempat awam di Tawau kelihatan kotor dan tidak sedap dipandang.

Menurut kapsyen video itu, tempat itu dipenuhi sampah, bau najis merata-rata malah kelihatan sekumpulan ‘palauh’ sedang mencuci pakaian sambil berkampung di kawasan itu. Ini segera menimbulkan rasa tidak senang kerana tempat itu adalah harta awam dan orang ramai tidak akan berasa selesa untuk berada di sekitar kawasan itu.

image is not available
Kredit: FB My Sabah

image is not available
Kredit: FB My Sabah

image is not available
Kredit: FB My Sabah

image is not available
Kredit: FB My Sabah

Netizen menggesa pihak berkuasa untuk mengambil tindakan

Rata-rata netizen tidak berpuas hati melihat keadaan tempat awam tersebut yang kini dijadikan ‘kampung’ golongan terbabit, dengan ramai menyatakan golongan itu telah menyebabkan keadaan tempat terbabit kotor dan menimbulkan ketidakselesaan orang awam.

Malah, terdapat juga yang menyatakan bahawa pihak berkuasa harus mengambil tindakan terhadap masalah itu kerana isu itu telah menjadi masalah berterusan selama bertahun-tahun.

image is not available
Kredit: FB My Sabah

image is not available
Kredit: FB My Sabah

image is not available
Kredit: FB My Sabah

image is not available
Kredit: FB My Sabah

image is not available
Kredit: FB My Sabah

Anda boleh lihat video penuhnya di bawah:

PILAK DI SABAH

Di Mana Kah Pihak Berwajib !!! Apa Sudah Jadi Dengan Highway Tawau Banyak Sampah, Bau Najis di mana2 saja Dan pelauh Siap Cuci Kain Sambil Berkampung Macam Mana Pengujung Akan Selesa Datang… Harap Pihak Berkenaan Tolong Lah Ambil Tindakan Sewajarnya… #MySabah

Posted by My Sabah on Monday, February 6, 2023

Nampaknya isu ini akan sentiasa berlarutan jika tiada tindakan tegas diambil untuk mengatasi masalah ini. Semoga pihak berkuasa dapat mencari solusi untuk membantu kedua-dua golongan tempatan dan PATI ini.

Lagi di sini: