“Tempat Kejadian Wangi Sangat Dik” – Abang Luah Rasa Sebak, Adik ‘Pergi’ Dengan Al-Quran Di Dada

10 Jun 2025 • 4:57 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Ohmedia hafaz Al quran

Pemergian pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Nurly Shahirah Azman dalam nahas bas yang mengorbankan 15 nyawa benar-benar menyentuh hati ramai.

Arwah rupa-rupanya seorang hafizah yang telah pun khatam hafazan 30 juzuk al-Quran. Menurut perkongsian ahli keluarga, arwah pergi dalam keadaan memeluk al-Quran.

Sentiasa bersama al-Quran, walau ke mana pergi

Menerusi perkongsian abang kandungnya, Najmuddin Azman, arwah memang tak pernah berenggang dengan al-Quran.

image is not available

Di mana-mana pun dia pergi, pasti ada al-Quran di sisi. Bahkan, ketika kemalangan berlaku, kitab suci itu berada di tangannya.

Dikenali sebagai anak solehah dan rajin mengulang hafazan

Abang turut berkongsi tulisan tangan arwah untuk menguatkan lagi hafalan al-Qurannya. Abang menjadi saksi di mana adiknya tidak lekang membaca al-Quran setiap hari.

image is not available

Malah, ramai kenalan tampil berkongsi bahawa Nurly adalah seorang pelajar yang sangat menjaga hafazan dan sentiasa bersungguh dalam perjuangan ilmu.

Bahkan selepas solat, jenazah arwah diangkat oleh para asatizah dan mereka yang datang khas untuk memberi penghormatan terakhir.

Doa orang ramai mengiringi pemergiannya

Sebaik berita pemergian arwah tersebar, ramai tampil meluahkan rasa sebak dan mendoakan agar Allah menempatkan Nurly Shahirah dalam kalangan para solehah dan syuhada.

Cara arwah pergi bukan sahaja memberi kesan pada ahli keluarga, malah kepada seluruh umat Islam yang tahu nilai seorang ahli al-Quran.


Kredit: Facebook Najmuddin Azman
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

The post

appeared first on

.