“Tempat terbaik untuk pelajar medik!” – Pelajar UK Kongsi Pengalaman Belajar Elektif Perubatan Di UM

Entertainment
29 Apr 2024 • 4:36 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Baru-baru ini, tular di TikTok mengenai dua orang pelajar dari United Kingdom yang menceritakan pengalaman mereka menjadi pelajar perubatan di salah sebuah universiti terkemuka Malaysia iaitu Universiti Malaya.

Menurut laman web College Dunia, Universiti Malaya juga berada di tempat pertama bagi universiti terbaik dalam bidang perubatan.

Ambil elektif perubatan di UM

Lydie dan Hazel dikatakan mengambil elektif perubatan di universiti tersebut dalam bahagian yang berbeza iaitu di bahagian anestesiologi (pembiusan) dan juga obstetrik dan ginekologi (pembedahan).

Mereka berpendapat belajar dalam bidang perubatan di Malaysia dan di United Kingdom mempunyai perbezaan dari segi sistem pengurusan. Selepas tamat kelas, mereka berdua pergi ke medan selera dan membeli makanan di sana.

@lydieandhazal

Our medical elective in Malaysia is going well so far Make sure to stick around to see what else we get up to! #medicalstudent #medicalschool #medicalelective

♬ original sound – Lydie&Hazal

Naik tingkat 86 KLCC

Pada waktu petang, Lydie dan Hazel pergi bersiar-siar di sekitar Kuala Lumpur dan turut memuji servis teksi yang digunakan amatlah baik.

Walaupun mereka berdua datang ke Malaysia sebagai pelajar, mereka tidak melepaskan peluang berjalan-jalan di sekitar taman KLCC dan kagum melihat pemandangan yang cantik walaupun terletak di tengah kota raya yang sibuk.

Selain itu, mereka telah pergi ke tingkat 86 di Menara Berkembar Petronas untuk melihat pemandangan dari atas namun cuaca pula yang tidak mengizinkan.

Kata Lydie dan Hazel di ruangan komen, mereka memuji Malaysia merupakan negara yang terbaik untuk belajar dalam bidang perubatan kerana kaya dengan budaya, banyak tempat menarik serta makanan yang sedap.

Saya suka berada dengan kawan-kawan dan bersosial. Rasa selesa dan selamat di negara yang saya belum pernah kunjungi!

image is not available

Meninjau di ruangan balas, segelintir netizen berasa gembira setelah melihat video tersebut.

image is not available

Wah! Bestnya tengok dorang enjoyed study kat Malaysia!

Sumber: TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.