Temui Haruman Yang Ceritakan Kisah Anda, Hanya Di LUSH 

BeautyLifestyle
8 Nov 2025 • 11:26 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

Buat pertama kalinya LUSH Malaysia memperkenalkan kios pewangi secara eksklusif di pusat membeli-belah Sunway Pyramid. Di kios ini anda bakal menemui semua koleksi pewangi LUSH. 

Daripada LUSH Black Label Perfumes yang eksklusif dan berani, hinggalah White Label Perfumes, penyembur badan, solid perfume, wax melt, lilin wangi dan set hadian wangian yang digubah indah. Setiap inci ruang ini direka untuk mengundang anda meneroka, merasai dan menzahirkan kisah aroma peribadi anda.

image is not available

Tumpuan utama jatuh kepada koleksi LUSH Black Label Perfumes, sebuah rangkaian istimewa yang mempersonakan dan jarang ditemui. Dihasilkan daripada minyak pati berkualiti tinggi yang diperoleh secara beretika, setiap haruman membawa naratif tersendiri, berani, kompleks dan penuh jiwa. 

Ia bukan sekadar pewangi, tetapi karya seni yang dicipta untuk mereka yang mencari keaslian dan karakter.

Melengkapkan keistimewaan ini ialah Super Fairy Perfume, haruman terbaharu yang menggabungkan dua legenda LUSH, Super Milk dan Snow Fairy. 

image is not available

Ceria, manis dan penuh tenaga, ia menghidupkan semangat fantasi dalam botol kaca. Menambah kemeriahan musim ini, pelanggan juga boleh mendapatkan edisi terhad seperti Lord of Misrule Perfume dan penyembur badan, serta Turmeric Latte Perfume eksklusif untuk meraikan kedatangan Krismas.

“Kios pewangi ini melambangkan evolusi mengujakan bagi LUSH Malaysia. Wangian adalah identiti kami, diperoleh secara beretika, dihasilkan dengan seni dan dipenuhi karakter. Kami mahu ruang ini menjadi simbol kreativiti, kelestarian dan ekspresi diri, dengan sentuhan hati nurani,” ujar Pengarah LUSH Malaysia, Dr Harvinder Harchand.

Majlis pelancaran kios ini berlangsung pada Khamis dalam suasana hangat dan intim. Setiap tetamu berpeluang menyingkap aroma yang paling mencerminkan keperibadian mereka. 

image is not available

Setiap tetamu juga membawa pulang haruman pilihan tersendiri, simbolik kepada falsafah LUSH bahawa setiap aroma membawa cerita unik tersendiri. 

Kios ini bukan sekadar membuka lembaran baharu dalam dunia peruncitan kecantikan, tetapi ia menandakan babak evolusi LUSH Malaysia, menjadikan dunia pewangi sebagai nadi utama di samping rangkaian mandian dan penjagaan kulit yang telah lama menjadi kegemaran ramai.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang nilai dan inisiatif beretika LUSH, layari https://lush.my . - Getaran, 8 November 2025

View Original Article