“Temui Separuh Jiwa Saya” – Kim Jongkook Umum Bakal Berkahwin

EntertainmentLifestyle
18 Aug 2025 • 1:27 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Akhirnya sah! Penyanyi dan bintang Running Man, Kim Jong-kook, mengumumkan bahawa dirinya bakal mendirikan rumah tangga. Pada 18 Ogos lalu, dia mendedahkan majlis perkahwinan itu akan berlangsung secara tertutup bersama ahli keluarga terdekat dan rakan rapat di Seoul.

Menurut wakil agensinya, TURBO.JK COMPANY, berita ini lebih bermakna kerana jatuh pada tahun ulang tahun ke-30 kerjaya seni Kim Jong Kook. Mereka juga berharap orang ramai dapat memberi sokongan serta ucapan tahniah buat pasangan ini.

image is not available

Dalam sepucuk surat tulisan tangan yang dimuat naik di media sosial, Kim Jong-kook menulis,

Saya berdebar menulis surat ini. Saya mahu peminat yang selama ini menyokong saya tahu dahulu, saya akan berkahwin. Tahun ini saya tak keluarkan album, tapi saya temui ‘separuh jiwa’ saya. Tolong doakan dan raikan keputusan ini.

Kim Jong Kook turut menjelaskan bahawa majlis bakal diadakan dalam skala sederhana dan berterima kasih kepada peminat yang menjadi sumber kekuatannya sepanjang tiga dekad dalam industri hiburan.

image is not available 2025-08-15 13:20:07

Tampil Hanya Dengan Singlet, Penampilan Seksi Song Jihyo Jadi Bualan - "Dia Bahaya"

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved