Ten Hag label persembahan United seperti 'sampah'

Football
20 Feb 2023 • 7:53 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Erik ten Hag

PENGENDALI Manchester United, Erik ten Hag melabelkan persembahan separuh masa pertama The Red Devils ketika menentang Leicester City dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Old Trafford seperti 'sampah'.

United bernasib baik untuk mendahului 1-0 pada separuh masa melalui jaringan klinikal Marcus Rashford pada minit ke-25 selepas percubaan Harvey Barnes dan Kelechi Iheanacho dinafikan dengan baik penjaga gol David de Gea.

"Saya sangat tidak berpuas hati dengan persembahan kami. Kami perlu mengikut peraturan dan prinsip dari cara kami bermain. Apabila anda tidak melakukannya dengan sempurna, ia menjadi kucar-kacir terutamanya apabila anda berdepan lawan yang bagus seperti Leicester, anda melepaskan deretan peluang.

"Hanya kerana ketangkasan David de Gea kami tidak melepaskan gol. Jadi kami benar-benar bernasib baik pada separuh masa pertama kerana kami mendahului 1-0.

"Sudah tentu saya kagum hantaran cantik Bruno Fernandes, penyudah sempurna Rashy. Namun yang lain semua adalah 'sampah'," kata Ten Hag mengenai separuh masa pertama.

United tampil separuh masa kedua lebih agresif apabila sekali lagi melebarkan jaringan menerusi Rashford pada minit ke-56' sebelum pemain gantian Jadon Sancho melengkapkan kemenangan 3-0 dengan gol di minit ke-61.

Namun bekas pengendali Ajax Amsterdam itu pada masa sama mengakui bahawa pemain Manchester United kecewa apabila kurang kreatif dalam usaha menambah jaringan sepanjang separuh masa.

Pada masa sama mengakui kehadiran Marcel Sabitzer, yang ditandatangani secara pinjaman dari Bayern Munich kurang tiga minggu lalu terkesan selepas Casemiro digantung tiga perlawanan Liga Perdana Inggeris.

"Mereka (pemain) tahu. Saya dapat melihat tingkah laku mereka pada separuh masa. Mereka juga tidak begitu gembira.

"Saya dapat lihat mereka kecewa dengan persembahan masing-masing. Kami boleh melakukan lebih baik dan mereka tahu," kata Ten Hag.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved