Ten Hag yakin Rashford akan kembali mengganas

FootballSports
15 Sep 2024 • 10:19 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Rashford (dua, kanan) meledak gol dalam kemenangan United ke atas Southampton.

PENGENDALI Manchester United, Erik ten Hag gembira melihat Marcus Rashford kembali dalam senarai penjaring ketika penyerang England itu menamatkan kemarau gol sejak Mac lalu.

Rashford memulakan kempen musim ini dengan hambar dan dikritik hebat kerana persembahannya, namun berjaya bangkit meledak gol dalam kemenangan 3-0 ke atas Southampton dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL).

Bercakap selepas kemenangan itu, Ten Hag berpuas hati dengan persembahan Rashford dan yakin lebih banyak gol akan terhasil daripada pemain itu.

“Ia sangat penting. Kami bercakap sebelum perlawanan dan ia sangat besar untuknya terutama sebagai penyerang.

"Apabila musim bermula, setiap penyerang mahu berada dalam senarai penjaring. Sekarang dia sudah menjaringkan gol pertama, saya pasti lebih banyak gol lagi akan dijaringkannya," katanya.

Kejayaan mengatasi Southampton itu juga menyaksikan United kembali ke landasan kemenangan selepas tewas dua perlawanan berturut-turut kepada Brighton dan Liverpool.

Dalam pada itu, Ten Hag merasakan bahawa pasukannya itu mempunyai peluang untuk mematikan permainan lebih awal dan mungkin juga menang dengan jaringan lebih besar.

“Kami mempunyai peluang untuk mematikan permainan dan kami mempunyai peluang. Saya tidak tahu berapa banyak tetapi mungkin lebih daripada tiga gol," katanya.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved