Hari ini, sejumlah pengguna aplikasi menjejak penggunaan tenaga elektrik MyTNB telah menghadapi sejumlah masalah, yang mana mereka pada mulanya memperlihatkan jumlah rakaman penggunaan bekalan elektrik yang tinggi, dan ada diantara mereka yang tidak dapat melihat langsung graf penggunaan tenaga elektrik.
Pihak TNB, melalui laman sosial Facebook TNB Careline telah mengatakan bahawa pihak Tenaga Nasional sedar tentang ralat-ralat yang sedang diperlihatkan pada aplikasi tersebut, dan sedang bertungkus-lumus untuk memperbaikinya.

Mereka juga memberi jaminan kepada pengguna bahawa rakaman penggunaan bekalan elektrik sebenar adalah tepat, dan akan dipaparkan semula setelah isu pada aplikasi diperbaiki, dan bil muktamad boleh diperiksa setelah tamat tempoh bil untuk bulan ini.
Mereka juga mengatakan bahawa pengguna aplikasi MyTNB akan diberitahu apabila proses penyelenggaraan aplikasi siap dan sedia untuk digunakan seperti biasa.



