Tencent Cloud Akan Membuka Zon Ketersediaan Awanan Ketiga Di Johor, Mengumumkan Kerjasama Dengan Pelbagai Pihak

LocalTechnology
18 Aug 2026 • 4:47 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Di acara Tencent Cloud C-Suite Dialogue Malaysia yang berlangsung hari ini, Tencent Cloud telah mengumumkan bahawa mereka akan membuka zon ketersediaan awanan (cloud availability zone) ketiga di Johor yang dijangka akan mula beroperasi pada bulan November 2026.

Zon ketersediaan awanan ketiga ini akan berfungsi sebagai sandaran untuk perkhidmatan awanan global Tencent Cloud, yang kini mempunyai 66 zon ketersediaan di 23 wilayah di seluruh dunia. Buat masa ini, Tencent Cloud sudahpun mempunyai dua zon ketersediaan awanan yang sudah mula beroperasi di Johor.

“Wilayah awan baharu di Malaysia akan menjadi nod penting dalam infrastruktur global kami, selaigus membolehkan perusahaan berkembang di peringkat tempatan meluaskan operasi di rantau ini dan mempercepatkan inovasi berasaskan AI. Menerusi pelaburan ini, kami berhasrat memperkukuh sokongan terhadap perjalanan transformasi digital Malaysia, serta meyumbang kepada perkembangan berterusan ekosistem AI negara.” kata Pengarah Urusan Tencent Cloud International bagi Asia Pasifik, Bluefin Jiannan Zhao.

Di acara Tencent Cloud C-Suite Dialogue, Tencent Cloud telah memperlihatkan kerjasama dengan pelbagai sektor-sektor tempatan, termasuklah perkhidmatan kewangan, telekomunikasi, pembayaran dan perusahaan. Sebagai contoh, Ryt Bank khususnya kini menggunakan tencent Cloud Chat untuk menyokong perkhidmatan perbankan yang berasaskan perbualan yang dipacu AI untuk 1.5 juta pelanggan mereka.

Image from: Tencent Cloud Akan Membuka Zon Ketersediaan Awanan Ketiga Di Johor, Mengumumkan Kerjasama Dengan Pelbagai Pihak

Aye Solutions dan YTL Communications pula menggunakan penyelesaian eKYC Tencent Cloud sebagai sistem pengesahan pelanggan mereka, manakala teknologi biometrik berasaskan tapak tangan diperkenalkan melalui OpenSys Technologies dan SOCOE.

Dalam pada itu, Tencent Cloud turut mengumumkan kerjasama baru dengan platform pembayaran digital Boost dan juga syarikat konglomerat Genting Plantations Group yang mana kedua-dua syarikat ini akan meneroka penggunaan AI agentik dalam aliran kerja dan pelbagai perkhidmatan-perkhidmatan mereka yang lain menggunakan penyelesaian awanan dan AI yang ditawarkan oleh Tencent Cloud.

Teknologi-teknologi AI dan awanan ini adalah seperti:

  • Tencent WorkBuddy: penyelesaian ruang kerja AI agentik yang boleh mengendalikan tugasan seperti penyelidikan pasaran, analisi data, perancangan projek dan penyediaan dokumen
  • Tencent Cloud Agent Development Platform: Ini merupakan platform pembangunan AI agentik Tencent Cloud yang membolehkan syarikat untuk merekabentuk, menguji dan mengembangkan ejen AI tersuai untuk kegunaan khusus syarikat dan industri.
  • Tencent Hy3: Model bahasaraya Tencent Cloud yang baru-baru ini telah sedia digunakansecara global, menawarkan prestasi setanding model utama bersaiz dua ke lima kali lebih besar daripadanya.

Malah, pembukaan zon ketersediaan ketiga di Johor adalah bertujuan untuk menyediakan syarikat-syarikat perusahaan di Malaysia, seperti Boost dan YTL dengan asas infrastruktur awanan yang selamat dan berdaya tahan untuk menyokong aliran kerja berpaksikan AI, aplikasi-aplikasi yang menggunakan data yang banyak dan penyampaian perkhidmatan digital pada skala besar.

Tencent Cloud turut mengumumkan kerjasama dengan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dengan menyediakan inisiatif dan program pembangunan bakat AI dan perkhidmatan awanan, pensijilan industri dan juga program latihan inovasi untuk 1000 bakat digital dan AI di Malaysia.

Sebahagian inisiatif dan program ini termasuklah Cloud Innovation Hackathon, Train-the-Trainer AI & Cloud Programme, dan Tencent Cloud Certification Programme yang bertujuan untuk memberi pelajar dan pendidik pengalaman praktikal menggunakan teknologi AI yang relevan dengan keperluan industri yang semakin banyak menggunakan teknologi AI pada hari ini.

Pengumuman-pengumuman yang dibuat oleh Tencent Cloud ini dilihat sebagai sebahagian daripada cita-cita kerajaan Malaysia untuk menjadikan negara sebagai sebuah hab utama penyedia teknologi awanan dan kecerdasan buatan serantau.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved