Sekian Lama Cipta Kontroversi, Wong Chen Akhirnya Letak Jawatan

LocalPolitics
10 Aug 2026 • 5:40 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

KUALA LUMPUR - Selepas sekian lama dihambat dan mencetuskan pelbagai kontroversi, Ahli Parlimen Subang, Wong Chen akhirnya mengumumkan peletakan jawatannya, berkuat kuasa jam 5 petang hari ini.

Tindakan beliau itu sekali gus membuka laluan untuk kerusi Parlimen berkenaan diisytiharkan kosong, yang mungkin menyaksikan Pilihan Raya Kecil (PRK) jika perlu.

Wong Chen berkata, surat peletakan jawatan itu telah diserahkan kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat 5 Ogos lalu.

“Ia bagi memberi masa kepada pihak Parlimen membuat persiapan berkaitan kekosongan kerusi tersebut,” katanya.

Image from: Sekian Lama Cipta Kontroversi, Wong Chen Akhirnya Letak Jawatan

Jelas beliau, surat itu diserahkan lima hari lebih awal bagi membolehkan pegawai Parlimen mempunyai tiga hari bekerja untuk mengambil tindakan dan membuat persediaan yang diperlukan, sebelum kerusi Parlimen Subang diisytiharkan kosong.

Beliau berkata, satu persetujuan secara tidak rasmi atau “gentleman’s agreement” turut dicapai bersama Yang Dipertua Dewan Rakyat supaya butiran mengenai peletakan jawatannya tidak didedahkan sehingga jam 5 petang tadi.

“Kami mempunyai persetujuan bersama untuk tidak mendedahkan sebarang butiran sehingga 10 Ogos, jam 5 petang,” katanya.

Dalam pada itu, Wong Chen memaklumkan, gelaran “Yang Berhormat” akan dikeluarkan daripada semua papan iklan, papan tanda serta surat-menyurat yang memaparkan namanya mulai bulan depan.

Beliau juga dijadual mengadakan sidang media pada jam 11 pagi Rabu ini, dan dijangka memberikan penjelasan lanjut mengenai keputusannya itu. - Getaran, 10 Ogos 2026

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved