Tencent Dan CEO OpenAI Merupakan Antara Pemegang Saham Pada Reddit

TechnologyDigital
23 Feb 2024 • 2:50 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Reddit kini dalam proses untuk penyenaraian saham awam di Amerika Syarikat, sekaligus memperlihatkan sejumlah perkara berkenaan syarikat berkenaan.

Salah satu perkara yang diperlihatkan adalah berkenaan pemegang saham untuk syarikat internet berkenaan. Melalui penyenaraian ia memperlihatkan Advance mempunyai pegangan 30% pada Reddit, diikuti oleh Tencent dengan pegangan sebanyak 11%. Sam Altman, iaitu CEO OpenAI turut mempunyai pegangan saham pada Reddit, dan dianggarkan sekitar 8.7%.

Baru-baru ini juga pihak Reddit telah mempelbagaikan penjanaan pendapatan mereka, dimana mereka melesenkan kandungan kepada Google dalam melatih model kecerdasan buatan Google menggunakan kandungan dari Reddit.