NVIDIA Kini Memintas Google – Menjadi Syarikat Ke-4 Paling Bernilai Di Dunia

TechnologyDigital
15 Feb 2024 • 10:20 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Selang sehari selepas memintas Amazon, kini NVIDIA terus memperlihatkan peningkatan harga saham yang membawa kepada peningkatan nilai syarikat tersebut. Terbaru, NVIDIA telah pun mengatasi Alphabet (syarikat induk Google) dari segi nilai pasaran, dan menjadikan NVIDIA sebagai syarikat ke-4 paling bernilai di dunia.

image is not available

Peningkatan nilai syarikat NVIDIA ini selari dengan permintaan semikonduktor serta cip yang meningkat naik – terutamanya disebabkan oleh penerajuan arena kecerdasan buatan. Pelbagai syarikat kini berlumba dalam pembangunan produk berasaskan kecerdasan buatan – yang membawa kepada peningkatan permintaan cip untuk menguasakannya.

Pada kedudukan ke-4, NVIDIA kini bernilai $1.825 trilion, dan hanya dibelakang Saudi Aramco, Apple dan Microsoft. Microsoft menduduki tangga pertama dengan nilai syarikat melangkaui $3 trilion.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved