
Tencent, salah satu syarikat gergasi internet di China, kini dilaporkan akan menjadi salah satu pemegang terbesar pada syarikat kecerdasan buatan Manus. Tencent bersama-sama dengan firma pelaburan HSG dan ZhenFund yang berpusat di China akan membeli keseluruhan pegangan Meta pada Manus, pada nilai sekitar seperti $2 bilion yang dibayar oleh Meta sebelum ini.
Untuk makluman, sebelum ini Meta telah mengambil-alih Manus, namun kerajaan China tidak meluluskan pengambil-alihan berkenaan. Ini sekaligus membuatkan Manus terpaksa dijual kepada pihak lain dalam membeli semula pegangan Meta daripada syarikat tersebut.
Manus menjadi popular dengan penawaran AI berejen yang boleh melakukan sejumlah tugasan. Ia juga hadir dengan sejumlah integrasi dalam memudahkan proses untuk pemasaran, pembangunan dan lain-lain.
Buat masa ini, pihak Tencent tidak mengeluarkan sebarang laporan berkaitan hal ini.




