CXMT Kini Memintas Tencent Sebagai Syarikat Paling Bernilai Di China

TechnologyBusiness & Finance
14 Aug 2026 • 12:57 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Beberapa minggu lalu kami telah melaporkan bahawa syarikat pengeluar komponen memori dan storan dari China ChangXin Memory Technologies (CXMT) telah tersenarai di pasaran saham China, dan telah menjadi antara syarikat paling bernilai dalam masa beberapa hari sahaja.

Terkini, ia dilaporkan bahawa CXMT telah berjaya menjadi syarikat paling bernilai di China, memintas Tencent dengan nilai pasaran setinggi $524 bilion, berbanding Tencent dengan nilai $511 bilion. Sebahagian daripada ini dilihat telah berlaku bukan sahaja kerana saham CXMT naik dengan mendadak, tetapi juga kerana walaupun pihak Tencent merakam pendapatan sebanyak $30.8 bilion pada tahun kewangan yang lepas, mereka juga telah membelanjakan wang yang sangat banyak sekali, hampir $8 bilion untuk menaiktaraf infrastruktur IT dan AI syarikat tersebut.

Image from: CXMT Kini Memintas Tencent Sebagai Syarikat Paling Bernilai Di China

Perbelanjaan ini, yang dianggarkan peningkatan 178 peratus dari tahun ke tahun telah menyebabkan saham Tencent untuk jatuh, walaupun bukan pada tahap yang ketara. Dalam pada itu, Tencent juga merupakan salah satu daripada pelanggan CXMT, dan pada bulan Jun tahun ini telah menandatangani perjanjian pembekalan komponen memori pusat data dan mesin pelayan selama lima tahun yang dianggarkan bernilai $7 bilion.

Mereka juga baru-baru ini melaporkan bahawa peratusan pengeluaran komponen memori DDR5 yang boleh digunakan adalah setinggi 90 peratus, menandingi apa yang boleh ditawarkan oleh syarikat-syarikat memori lain seperti Samsung, SK Hynix dan Micron.

Walaupun begitu, jumlah komponen yang dikeluarkan mereka masih lagi ketinggalan di belakang syarikat-syarikat tersebut, walaupun CXMT dilaporkan juga bertanggungjawab untuk 10 peratus pengeluaran komponen memori DDR5 sepanjang tahun 2025. Jangkaannya ialah CXMT akan terus menambahkan kapasiti pengeluaran memori mereka sendiri dalam tahun-tahun yang akan datang.

Sumber: Bloomberg

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved