Tendang Kepala Penonton Semasa Persembahan, Vokalis Wanita Dikecam Netizen

2 Jan 2025 • 12:55 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Kumpulan muzik Indonesia, Defective dikecam netizen selepas vokalisnya kantoi menendang kepada beberapa penonton yang berada di hadapan pentas ketika mereka sedang asyik menonton.

Dalam sebuah video yang dikongsikan oleh akaun X @kegblgnunfaedh, kumpulan Defective dilihat sedang membuat persembahan membawakan lagu bergenre hadcore.

Penonton yang hadir juga dilihat menikmati aksi pentas dengan melakukan moshing iaitu gerakan energetik yang sering dilakukan dalam konsert muzik keras.

Namun semasa di tengah persembahan, vokalis wanita kumpulan tersebut dilihat terbawa dengan suasana dan terus menendang kepada beberapa penonton yang berada di hadapan pentas.

Penonton yang terkena tendangan kelihatan terkejut dan cuba melindungi diri dengan memegang kepala mereka.

Vokalis wanita yang dikenali sebagai Cimeng itu tidak meminta maaf secara langsung kepada penonton yang ditendangnya sebaliknya, dia terus menyanyi dan meneruskan persembahan.

Tindakan vokalis itu mencetuskan kemarahan netizen di media sosial, yang menganggap perbuatannya sebagai tindakan tidak wajar walaupun ia mungkin sebahagian daripada aksi pentas.

Rata-rata menyatakan bahawa apa yang dilakukan adalah keterlaluan dan tidak menghormati penonton

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved