“Tengah Gaduh Kot” – Hanya Ada Jisoo & Lisa, Tindakan Jennie Padam Foto Bersama Rosé Undang Spekulasi

EntertainmentLifestyle
19 Jul 2025 • 11:29 AM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Tak semena-mena, Jennie dan Rosé BLACKPINK dikatakan sedang ada konflik bersama?

Khususnya, dakwaan ini mula timbul selepas Jennie dilihat memadam gambarnya bersama Rosé di Instagram, ketika persiapan mereka untuk konsert jelajah di LA.

Namun, penyanyi “Like JENNIE” itu mengekalkan fotonya bersama dua ahli yang lain dan turut mengecualikan Rosé dalam gambarnya bersama Lisa dan Ji-soo.

Meskipun ini sepatutnya tidak menjadi isu yang besar, peminat Rosé nampaknya tidak berdiam diri dan mempersoalkan isu tersebut, sehingga membuat spekulasi bahawa mereka berdua mungkin ada perselisihan kini.

Namun, ada juga yang berpendapat bahawa foto itu mungkin dipadam atas permintaan Rosé sendiri, kerana dia kurang berpuas hati dengan penampilannya dalam gambar tersebut.

Bahkan sebelum ini, Jennie sering menyertakan Rosé dalam hantarannya yang lain.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.