Tengah makan, pengemis selak baju tunjuk beg stoma

4 Sep 2026 • 3:56 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Tengah makan, pengemis selak baju tunjuk beg stoma

PETALING JAYA – Aktiviti meminta sedekah di restoran mungkin bukan perkara asing, namun tindakan seorang individu menyelak baju sebelum menunjukkan beg stoma pada perutnya ketika pelanggan sedang menjamu selera mengundang rasa kurang senang seorang wanita.

Wanita itu berkata, sebelum ini dia sekadar menggelengkan kepala apabila didatangi individu meminta sedekah ketika sedang makan kerana tidak mahu berinteraksi dengan orang tidak dikenali.

Bagaimanapun, situasi berbeza apabila individu terbabit didakwa menunjukkan beg stoma di bahagian perutnya kepada wanita itu yang menggunakan profil @Zvrytaah di media sosial.

“Pernah tak masa kau orang tengah makan di kedai, ada orang datang ke meja dan minta sedekah? Benda biasa, bukan? Selalunya aku geleng sahaja sebab tengah makan, aku takkan berinteraksi dengan orang yang tidak dikenali.

“Tapi bila ada orang datang minta sedekah, kemudian selak baju dan tunjuk perut serta beg stoma, masa ni aku baran,” katanya.

Menurutnya, dia kemudiannya meminta individu berkenaan keluar dari restoran berkenaan kerana berasa tindakan tersebut tidak sesuai dilakukan ketika pelanggan sedang makan.

“Sangat menjijikkan orang tengah makan, kau tunjuk tahi kau dan yang buat ni semua warga asing,” ujarnya.

Perkongsian tersebut mencetuskan pelbagai reaksi netizen yeng turut mengecam tindakan individu terbabit.

“Boleh pulak dia tunjuk najis dia dekat awak,” komen @Cand.ypop27.

“Kakau warga asing minta sedekah maaf, memang tak layan. Ada tu jual keropok siap melutut, rimas gila tak bagi dia membebel,” kongsi @Azietouch.

“Gelinya. Kalau aku pun, aku mengamuk dekat situ,” ujar pengguna lain. – KOSMO! ONLINE

The post Tengah makan, pengemis selak baju tunjuk beg stoma appeared first on Kosmo Digital.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved