Tengah Seronok Review ‘Softlens’ Sekali Ada Entiti Lalu Belakang [Video]

EntertainmentLifestyle
15 Jan 2025 • 4:08 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available


Kebanyakan orang pasti percaya dengan kewujudan makhluk halus seperti jin meskipun tidak dapat melihatnya di alam nyata.

Jin yang juga digelar hantu oleh sesetengah orang kebiasaannya hanya dapat dirasai kehadirannya secara ghaib tanpa boleh melihat bentuk fizikalnya.

Namun ia tidak mustahil untuk menjelma dalam pelbagai bentuk dan rupa sekiranya diizinkan Allah SWT.

Tular kelibat entiti semasa usahan sedang review softlens

Seperti baru-baru ini, tular di media sosial satu video memaparkan seorang usahawan wanita yang juga influencer dikenali sebagai Elly secara tidak sengaja merakam satu kelibat entiti misteri di belakangnya.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @hnnaaaaaaaaaaa, entiti terbabit secara tiba-tiba muncul semasa Elly sedang melakukan ‘review’ kanta lekap (softlens) di rumahnya.

Video tersebut yang telah disunting secara perlahan memperlihatkan secara jelas penampakan makhluk terbabit yang seakan memakai kain berwarna putih.

Macam pocong bergerak laju dari belakang

Dalam video asal, kelibat yang seakan pocong itu dilihat bergerak dalam keadaan laju sebelum klip rakaman berkenaan dipotong.

Malah, ada yang mengatakan bahawa makluk tersebut kelihatan lebih tinggi daripada pintu yang ada di rumah Elly.

“Kak Elly khabar ada cik cong (pocong) kita pun kipochi nak tengok. Maaf kak Elly kita ‘screen record’ lepas itu bagi perlahan video. Meremang bulu roma,” tulis di dalam video.

@hnnaaaaaaaaaaa

mintak izin kak @emirzaelly2 sumpah tak pernah tengok cong depan2 weyh! tacod! btw lens @Solawa Softlens HQ meme cantik dooh!

♬ Creepy and simple horror background music(1070744) – howlingindicator

Hanya ada dua orang anak di rumah semasa kejadian

Sementara itu, menurut Elly menerusi satu hantaran video di akaun TikTok miliknya (@emirzaelly2), semasa kejadian berlaku hanya ada dia dan dua orang anaknya sahaja di rumah.

Kata Elly, salah seorang pekerjanya yang memakai tudung berwarna hitam ketika itu keluar dan tiada di rumah.

Jelas usahawan itu lagi, dia juga tidak mempunyai perasaan takut atau tindak balas seperti meremang semasa kejadian tersebut berlaku.

Netizen beri pelbagai reaksi, ada yang rasa seram

Memindai ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial memberi pelbagai reaksi setelah melihat video tersebut.

Ada yang mengakui berasa seram melihat entiti itu kerana mempercayainya adalah penampakan pocong dan ada pula yang sebaliknya.

Tidak kurang juga yang mendakwa itu sebenarnya adalah manusia yang hanya memakai kain putih dan perkara itu dilakukan dengan sengaja demi meraih perhatian ramai.

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

Baca Artikel Berkaitan: