Tengah Syok Basuh Pinggan, Ryzal Ibrahim Terkejut Dapat Tahu Maryam Hamil Baby Kedua! Comel Bila Anak Siap Tunjuk Bukti

2 Nov 2024 • 7:55 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Personaliti media sosial, Maryam Younarae melahirkan rasa syukur apabila dia kini hamil anak kedua.
 

Reaksi Rina dan Ryzal comel

Berita gembira itu dikongsi sendiri oleh Maryam menerusi video pendek yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya.

“Kebahagiaan baharu telah datang kepada kami sekeluarga.

“Kami sedang bersiap sedia untuk hari kami menjadi keluarga sebagai empat orang,” coretnya.

 

Lebih manis lagi, momen berharga yang dirakamkan dalam video tersebut adalah gelagat suaminya, Ryzal Ibrahim dan juga anak perempuan mereka, Rina yang berusaha memberitahu bapanya mengenai berita gembira itu.

 

 

 

 

Rina berlari tunjuk alat ujian kehamilan ibunya

Video itu merakamkan Rina sedang berlari sambil membawa keputusan alat ujian kehamilan menuju ke arah Ryzal yang sedang khusyuk membasuh pinggan.

Ryzal pada mulanya kelihatan terpinga-pinga melihat alat yang dibawa oleh Rina namun selepas menyedari tentang perkara itu, dia kemudiannya terus ketawa sebelum membuat tarian lucu tanda gembira.

Dalam pada itu, di ruangan komen juga rata-rata pengikut Instagram mengucapkan tahniah selain mendoakan yang baik-baik buat pasangan ini.

Berikut merupakan video penuh Maryam:

View Original Article