Tengku Amir Shah sertai pelayaran Selangor International Regatta

16 Nov 2025 • 2:54 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Tengku Amir Shah berkenan mencemar duli mengemudi kapal layar sempena RMSIR edisi ke-35 bermula pada Sabtu.

SHAH ALAM - Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah mencemar duli menyertai Raja Muda Selangor International Regatta (RMSIR) edisi ke-35 bermula pada Sabtu.

Baginda bersama kru kapal layar Maduzi telah berjaya menamatkan perlumbaan pertama dari Pelabuhan Klang ke Pulau Pangkor sebelum dijadualkan meneruskan perjalanan ke Pulau Pinang pada pagi Isnin.

RMSIR berlangsung dari 14 hingga 22 November ini menghimpunkan pelayar tempatan dan antarabangsa dalam sebuah siri perlumbaan yang mencabar merangkumi laluan tradisi Pelabuhan Klang, Pangkor, Pulau Pinang dan Pulau Langkawi.

Regatta Diraja yang telah berusia 35 tahun itu merupakan kejohanan kapal layar kedua tertua di Asia dan dianggap paling sukar di Asia Tenggara.

Kejohanan itu idea cetusan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah ketika baginda bergelar Raja Muda.

Sepanjang perjalanan regatta, orang ramai khususnya komuniti pelayaran dan para peminat sukan boleh mengikuti perkembangan terkini baginda melalui platform media sosial rasmi Instagram dan TikTok Friend of RMS.