Tengku Hassanal Pakai Baju Bidayuh Jadi Perhatian Warga Sarawak

18 Oct 2023 • 12:28 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Sarawak masih demam Tengku Hassanal

Tengku Hassanal Pakai Baju Bidayuh Jadi Perhatian Warga Sarawak. Kehadiran Pemangku Raja Pahang ke Borneo pada bulan September yang lalu masih memberi kesan yang mendalam di kalangan rakyat Borneo.

Mana tidaknya, sifat keluarga diraja yang peramah dan rendah diri sepanjang berada di Sabah dan Sarawak telah mencuri hati di kalangan rakyat.

image is not available
Sumber: Facebook

Baru-baru ini, gambar Tengku Hassanal yang tersenyum lebar sambil memakai baju tradisional kaum Bidayuh telah tular dan seolah-olah menyuntik semangat baru di kalangan warga Sarawak.

Bukan sahaja menunjukkan keakraban yang hangat, tetapi juga menghargai dan menghormati kepelbagaian budaya yang menjadi kebanggaan bersama.

Tuanku bersetuju mengenakan pakaian kaum Bidayuh di Sarawak tersebut

Kehadiran beliau yang berjiwa rakyat, mesra dan turun padang berinteraksi dengan komuniti tempatan telah menarik perhatian dan menjadi buah mulut netizen.

image is not available
Tengku Hassanal Pakai Baju Bidayuh Jadi Perhatian Warga Sarawak

Dalam perkongsian itu, individu tersebut meminta tuanku untuk mengenakan pakaian kaum Bidayuh. Tengku Hassanal bersetuju mengenakan ‘rompi’ untuk individu tersebut mengambil gambar dirinya.

Baju Bidayuh yang dikenakan oleh Tuanku bukan sekadar pakaian, tetapi membawa makna yang lebih dalam tentang kesatuan dan keharmonian multietnik di Malaysia.

Video dan gambar-gambar yang dikongsi individu tersebut telah mendapat tanda suka dan kongsi, dengan komen-komen yang penuh dengan kata-kata positif dan penghargaan.

Lagi artikel menarik, anda boleh baca di pautan bawah: