Tengku Permaisuri Norashikin sambut ulang tahun kelahiran ke-52 hari ini

4 Jun 2023 • 1:49 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 4 JUN : Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin menyambut ulang tahun kelahiran ke-52 hari ini.

Selangor Royal Office menerusi Facebook menitipkan ucapan selamat hari ulang tahun kelahiran dan mendoakan Baginda dipanjangkan usia.

“Semoga Allah SWT lanjutkan usia Tuanku dalam keafiatan dan senantiasa berada dalam lindunganNya serta hidup dengan penuh kebahagiaan.

“Semoga Tuanku Permaisuri dianugerahkan segala taufik dan hidayah, kewibawaan dan kebesaran, kehormatan dan kemuliaan, darjat dan daulat, fid-dunia wal-akhirat. Daulat Tuanku!” menurut perkongsian itu di Facebook.

Tengku Permaisuri Norashikin dilahirkan pada 4 Jun 1971 dan melangsungkan perkahwinan bersama DYMM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj pada 31 Ogos 2016 di Masjid Diraja Istana Alam Shah, Klang.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved