Tengku Permaisuri Selangor berangkat ke program Women Summit & Women #QuranHour 2026

24 Jun 2026 • 10:25 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Tengku Permaisuri Selangor berangkat ke program Women Summit & Women #QuranHour 2026
Tengku Permaisuri Norashikin berangkat tiba ke program Women Summit & Women #QuranHour 2026 di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.

SHAH ALAM - Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin berkenan berangkat ke program Women Summit & Women #QuranHour 2026 di sini, hari ini.

Keberangkatan tiba baginda di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF), Marhaini Yusoff dan Presiden Asia Pacific Women's Coalition for Al-Quds and Palestine (ApWCQP), Dr Fauziah Mohd Hasan.

Program yang bertemakan ' Women of grit' itu merupakan inisiatif Saff Women Empowerment yang dilancarkan oleh Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) sempena World #QuranConvention Surah Al-Saff pada Disember 2025.

Ia diinspirasikan daripada ketabahan wanita Palestin, khususnya di Gaza yang terus mempertahankan iman, keluarga dan pendidikan walaupun berdepan peperangan, kehilangan ahli keluarga, kemusnahan tempat tinggal dan cabaran kehidupan.

Pengarah Women Summit & Women #QuranHour 2026, Gharizah Hashim berkata, program ini diwujudkan bagi membantu wanita membina kekuatan dalaman berpandukan wahyu dalam mendepani cabaran kehidupan yang semakin kompleks.

"Women of Grit bukan sekadar mengenai kekuatan menghadapi kesusahan, tetapi bagaimana wanita membina jiwa yang tenang, membuat keputusan dengan hikmah dan terus melangkah dengan panduan al-Quran.

"Kami mahu melahirkan wanita yang mampu bangkit daripada ujian, menjadi sumber kekuatan kepada keluarga serta terus menyumbang kepada masyarakat dan ummah," ujarnya.

Menurut beliau, wanita memainkan peranan penting sebagai pembentuk budaya dalam keluarga dan masyarakat.

Jelasnya, justeru, pembinaan mindset dan karakter wanita berasaskan al-Quran perlu diperkukuhkan agar lahir generasi wanita yang mempunyai tujuan hidup yang jelas, berjiwa ihsan dan berdaya tahan.

"Antara rujukan utama program ialah Surah An-Nisa' ayat 34 hingga 36, Surah Al-Muzzammil serta kisah permulaan wahyu yang menampilkan peranan Saidatina Khadijah RA sebagai sumber ketenangan dan kekuatan kepada Rasulullah SAW," ulasnya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved