Tengku Zafrul Kata Tak Mustahil iPhone Boleh Cecah Harga Kereta, Kongsi Kesan Kenaikan Tarif Trump

Entertainment
17 Apr 2025 • 12:48 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Harga iPhone dijangka terus melambung jika tarif timbal balik yang dikenakan Amerika Syarikat (AS) terus dinaikkan.

Berhubung kenaikan tarif itu, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata harga peranti keluaran Apple itu tidak mustahil boleh melonjak naik sama seperti harga kereta.

Ia tidak mustahil sekiranya Donald Trump terus meningkatkan nilai tarif ke atas negara China. Dalam laporan terkini, nilai tarif import terhadap barangan dari China telah mencecah maksimum 245%.

Komponen pembuatan iPhone datang dari seluruh dunia

Tengku Zafrul dalam satu perkongsian video menjelaskan sebuah iPhone dibina menggunakan pelbagai komponen yang datang dari negara-negara berlainan.

“Komponen bagi pembuatan iPhone datang dari seluruh dunia, termasuk cip dari Taiwan, skrin dari Korea Selatan, bateri dari China, modem dan memori dari AS, storan dari Jepun dan kamera dari pelbagai negara, yang akhirnya dipasang di China.”

Katanya lagi, kos bagi sebuah iPhone adalah AS$549.73 (RM2,424) dan jika dikenakan tarif sebanyak 145 peratus, ia mungkin akan mencecah AS$1,400 (RM6,174).

“Jika dibuat sepenuhnya di AS, ada yang mengatakan ia boleh mencecah AS$3,500 atau RM16,000. Bila harga naik di AS, negara lain pun terkesan kerana harga global biasanya ikut harga AS.”

image is not available

Jelasnya lagi, meskipun ketika ini Trump mengenakan pengecualian kepada komponen telefon pintar dan komputer khususnya dari China, namun tidak mustahil pengecualian itu akan ditarik semula.

Dalam pada itu, beliau juga berkata Malaysia turut termasuk dalam komponen penting rantaian bekalan dunia dan antara eksport utama negara adalah semikonduktor.

Katanya, kenaikan tarif ini memberi kesan kepada semua pihak kerana semua negara saling bergantung sesama sendiri.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.