Tengku Zafrul sah sertai PKR

LocalPolitics
9 Aug 2025 • 10:08 AM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KUALA LUMPUR - Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz mengesahkan sudah menjadi ahli parti PKR selepas permohonan beliau diterima dua minggu lalu.

Tengku Zafrul berkata beliau kini menjadi ahli PKR Cabang Ampang.

"Saya tidak ingat tarikh (penerimaan permohonan) tapi ia adalah ketika perjumpaan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) parti, dua minggu lepas," katanya kepada media Malaysia di Osaka, Jepun semalam ketika mengadakan lawatan ke Pavilion Malaysia bersempena Expo 2025 Osaka, lapor BH.

Media pada 30 Mei lalu melaporkan, beliau mengumumkan peletakan jawatannya dalam Umno selepas menyatakan niat untuk menyertai PKR.

Tengku Zafrul, menerusi surat dihantar kepada pimpinan Umno, memaklumkan hasrat untuk meletak jawatan sebagai ahli Majlis Kerja Tertinggi, Ketua Umno Bahagian Kota Raja dan ahli Umno.

Menurutnya, keputusan berkenaan dibuat selepas mengambil masa yang panjang untuk menilai keserasian dan kesesuaian perjuangan politik yang ingin diteruskan. - 9 Ogos, 2025

The post Tengku Zafrul sah sertai PKR appeared first on Scoop.