Tengku Zafrul sah sertai PKR, kini jadi ahli Cabang Ampang

LocalPolitics
8 Aug 2025 • 11:03 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz mengesahkan bahawa permohonannya untuk menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah diterima.

Menurut beliau, penyertaan tersebut telah dimuktamadkan dua minggu lalu dan kini secara rasmi menjadi ahli PKR bagi Cabang Ampang.

image is not available

“Saya tidak ingat tarikh (penerimaan permohonan) tapi ia adalah ketika perjumpaan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) parti, dua minggu lepas,” katanya kepada media Malaysia di sini, hari ini.

image is not available

Tengku Zafrul berkata demikian ketika mengadakan lawatan ke Pavilion Malaysia sempena Expo 2025 Osaka.

Tengku Zafrul sah sertai PKR

Pada 30 Mei lalu, beliau mengumumkan peletakan jawatan dalam UMNO serta menyatakan niat untuk menyertai PKR.

image is not available

Beliau turut menghantar surat rasmi kepada pimpinan UMNO bagi memaklumkan hasrat untuk melepaskan semua jawatan termasuk sebagai Ahli Majlis Kerja Tertinggi, Ketua UMNO Bahagian Kota Raja dan keahlian dalam parti berkenaan.

Sumber: BH Online