
Tular di media sosial beberapa keratan video live pempengaruh yang kini sedang hangat diperkata ramai iaitu Aisyah Hijanah dan Alif Teega.
Dalam satu video yang tular di platform TikTok baru-baru ini, wajah Aisyah kelihatan penat dan dikatakan terpaksa tunjuk kuat demi menjaga aib suami.
Netizen kebanyakkannya tidak melepaskan peluang untuk mengecam Alif di ruangan komen dan menganggap dia tidak tahu malu selepas umum diri sudah kahwin lagi satu.
Barangkali sedar dengan kecaman yang diterima, ayat yang keluar daripada mulut Alif telah menarik perhatian ramai.
Tengok lah apa jadi manusia, mengamuk dekat aku.

Meninjau di ruangan komen, terdapat beberapa netizen persoalkan ayat yang dilontarkan oleh influencer terbabit dan menganggap seperti mahu menyalahkan Aisyah punca dirinya dikecam.
Dalam pada masa yang sama, ramai juga merasakan wajah Aisyah jelas kelihatan dirinya sudah tawar hati terhadap suami.
"Demi Allah Saya Tak Maafkan" - Didakwa Pukul Isteri & Berseronok Dengan Perempuan Lain, Alif Teega Tak Diam Diri
The post “Tengok Apa Jadi, Manusia Mengamuk Dekat Aku” – Ayat Alif Teega Dalam ‘Live’ Bersama Aisyah Curi Perhatian first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.



