“Tengok Dinding Macam Lekuk” – Lelaki Kongsi Mata Hampir Buta Kerana Stres Melampau [Video]

Health & FitnessLifestyle
31 Jan 2025 • 5:05 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.


Setiap manusia tanpa mengira umur pastinya tidak boleh lari dari perasaan stres terutamanya apabila berdepan masalah kewangan, rumahtangga, pekerjaan, keluarga dan sebagainya.

Stres yang tidak dikawal dengan baik bukan sahaja menyebabkan anda lebih serabut, malah tahap kesihatan juga boleh terjejas kerana berisiko untuk mendapat penyakit berbahaya.

Lebih membimbangkan lagi apabila stres yang melampau juga boleh membawa maut kerana ia dianggap sebagai ‘pembunuh senyap’ dalam tubuh badan kita.

@yes_iman

Stress sampai nak buta mata!! Orang tak nampak aku stress macam mana. Stress kerja, stress baca kecaman netizen, stress orang curi video affiliate, banyak benda lagi aku stress. Tapi aku tak tunjuk. Biar aku je yg simpan stress ni sendiri. Until one point my body cannot control it anymore. Please i need to calm my mind😭😭😭😭😭 #centralserousretinopathy #CentralSerousChorioretinopathy

♬ original sound – Iman Kamil – Iman Kamil

Orang Ramai Beri Pelbagai Pendapat Untuk Bantu Lelaki Ini

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berpendapat bahawa kesihatan adalah nilai yang paling berharga dalam hidup walaupun dikurniakan dengan harta yang melimpah-ruah.

Selain itu, orang ramai juga memberi nasihat untuk mengubah gaya hidup dengan memperbanyakkan senaman serta riadah seperti mengambil udara segar di taman dan mendedahkan diri dengan cahaya matahari.

Pada masa yang sama, mereka juga menekankan tentang rehat yang secukupnya kerana ia secara tidak langsung menjadi punca kepada perubahan hormon dalam tubuh badan.

image is not available
Sumber: TikTok

Ini Tips Untuk Kurangkan Stres

Bagi anda yang sering berhadapan dengan stres, jom kami kongsikan beberapa tips untuk membantu anda dalam mengurangkan stres. Antaranya:

  • Bertenang dan tarik nafas dalam-dalam
  • Berkongsi perasaan dengan seseorang yang boleh dipercayai
  • Berurut
  • Beribadat
  • Mendengar muzik
  • Bersenam
  • Berfikiran positif

image is not available
Sumber: Pexels

Selain itu, ada juga makanan yang boleh menjadikan stres anda lebih terkawal seperti:

  • Minuman panas
  • Coklat gelap (Dark chocolate)
  • Ikan
  • Pisang
  • Air

Ingat ya, jangan stres sangat. Tak bagus untuk badan. Happy happy je okey? 😊