“Tengok Group Orang Share…” – Kakak Tak Sangka Adik Maut Dirempuh Lori Alami Masalah Brek

15 May 2025 • 4:17 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

“Tengok group orang share… tak sangka adik rupanya. Ya Allah, moga dapat keadilan buat adek Nazri Samsuri,” demikian luah seorang wanita yang terkilan selepas mengenal pasti adiknya sebagai mangsa kemalangan maut yang tular semalam.

image is not available

Kakak Tak Sangka Adik Maut Dirempuh Lori

Nazri Samsuri, 40-an, yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), maut selepas motosikal yang ditunggangnya dirempuh sebuah lori dalam kejadian di Kilometer 13, Jalan Banting–KLIA, kira-kira jam 1.30 tengah hari semalam.

Kejadian menyayat hati itu dirakam kamera orang awam dan tersebar meluas di media sosial menerusi video berdurasi satu minit tiga saat, memaparkan detik-detik kemalangan membabitkan lori dan sebuah motosikal yang berhenti di lampu isyarat.

image is not available

image is not available

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Akmalrizal Radzi berkata, siasatan awal mendapati lori yang dipandu lelaki berusia 30-an itu dipercayai mengalami masalah brek sebelum merempuh motosikal jenis Yamaha 135LC yang ditunggang mangsa dari arah Banting ke KLIA.

“Akibat pelanggaran tersebut, mangsa tercampak dan terperosok ke bawah lori. Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

image is not available

Pemandu lori tidak mengalami sebarang kecederaan dan telah tampil membuat laporan polis. Keterangan turut diambil untuk membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu menyebabkan kematian kerana memandu secara melulu atau membahayakan.

Difahamkan, pemandu lori berkenaan ditahan direman empat hari bermula hari ini dan emakan mendapati suspek lelaki berusia 30an itu tidak mempunyai rekod lampau.

Sumber: Threads saadon3488, Kosmo! Online (Mohd Yunnus Yakkub)