“Tengok lengan pun dah cuak” – Asyraf Wajdi Kongsi Gambar Warden Bekas Tentera Bertugas Di MRSM

Entertainment
21 Aug 2025 • 11:49 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki memaklumkan bahawa warden-warden bekas tentera sudah memulakan tugas mereka di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Balik Pulau dan MRSM Besut.

Menurut beliau, pelantikan ini merupakan projek rintis selama enam bulan sebagai satu satu inisiatif penting menangani isu buli yang wajib dibanteras serta memutuskan rantaian ganasnya.

“InsyaAllah selepas 6 bulan, dapatan hasil kajian menyeluruh keberkesanan inisiatif ini akan dilakukan dengan kerjasama pihak ketiga iaitu Institut Kajian Sosial Universiti Putra Malaysia (UPM).

“Jika natijahnya positif, insyaAllah MARA akan memperluaskan di keseluruhan 57 MRSM seluruh Malaysia,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Kata beliau lagi, sebelum ini tugas warden banyak digalas oleh guru dengan elaun tambahan yang tidak setimpal dengan beban kerja mereka.

Ramai berpendapat langkah ini tidak lagi sesuai kerana mengganggu fokus guru terhadap pengajaran.

image is not available

Tambahnya lagi, inisiatif pengambilan warden dalam kalangan pesara anggota beruniform ini sudah melalui tapisan ketat.

Dengan inisiatif ini, beliau berharap gejala buli yang sudah lama berakar umbi dan menjadi budaya segelintir pelajar dapat dibanteras.

Ramai puji inisiatif pengerusi MARA

Dalam hantaran itu, Dr Asyraf Wajdi turut berkongsi beberapa foto para warden yang terpilih mula bertugas di MRSM terbabit.

image is not available image is not available

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji inisiatif ini dan percaya bahawa pengambilan warden daripada golongan bekas tentera dapat mendisiplinkan para pelajar.

image is not available image is not available image is not available image is not available

Sumber: Facebook

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.