
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Wafer roll sememangnya salah satu snek yang digemari rakyat Malaysia tanpa mengira usia. Teksturnya yang rangup dengan rasa yang sedap membuatkan makanan ringan ini sering menjadi pilihan kita tidak kira di mana sahaja.
Tapi pernah tak korang perasan, setiap dari kita sebenarnya ada “preference” dan “comfort flavour” masing-masing? Ada yang suka makanan manis, sedikit pahit, atau mungkin sesuatu yang ringan. Ada juga yang gemarkan perisa yang lebih “bold” dan lebih berani.
Yang menariknya, pada pandangan kami pilihan makanan ringan pun boleh mencerminkan vibe dan personaliti serta gaya hidup seseorang.
Kebetulan pula Deka Wafer Rolls juga direka sebagai snek ringan yang sesuai untuk semua situasi apatah lagi ia mempunyai pelbagai pilihan perisa yang sesuai untuk semua jenis mood, persona dan gaya hidup.
Pendek kata, kadang-kadang, bukan kita pilih snack… tapi snack tu yang kena dengan kita.
Daripada rasa klasik hinggalah pilihan yang lebih unik, setiap perisa Deka hadir dengan karakter tersendiri yang sebenarnya mudah dikaitkan dengan vibe korang. Nak tahu? Jom baca di bawah!
Perisa Deka Mana Yang “Match” Dengan Personaliti Korang?
Choco Choco: Klasik dan terpaling reliable
Perisa ini paling matching dengan orang yang klasik dan digelar sebagai kawan yang reliable dan konsisten dalam group. Mereka yang suka Choco Choco ni jenis yang orang selalu cari balik sebab senang diajak berbincang dan dipercayai. Memang sama seperti perisa coklat yang tak pernah mengecewakan sesiapa.
Choco Banana: Ceria dan “playful”
Untuk mereka yang happy-go-lucky, yang buat semua orang rasa selesa, dan yang suka bawa energy positif ke mana-mana sahaja. Choco Banana memang padan dengan jiwa korang yang mesra orang. Bawalah perisa ini ketika melepak santai bersama kawan-kawan dan tengok semua orang rebut.
Dark Choco: “Matured” dan bermisteri
Digelar matang dan “mysterious” oleh rakan-rakan? Perisa inilah yang sesuai dengan korang. Dark Choco bukan untuk semua orang. Rasanya berlapis dan semakin korang nikmati, semakin korang faham kenapa ia istimewa.

Matcha: Tenang dan aestetik
Kenal tak orang yang bila dia muncul je terus vibe sekeliling jadi cozy macam cafe kegemaran? Dan pernah jumpa orang yang jenis menghargai momen-momen kecil dalam hidup? Perisa Matcha inilah sesuai untuk diorang, meningkatkan waktu santai sambil dengar muzik, buat kerja atau recharge tenaga selepas hari yang sibuk.
Cheese & Cheese: Lain dari yang lain
Mereka yang tak perlukan “validation” orang lain untuk buat keputusan ini memang sesuai dengan perisa Cheese & Cheese. Korang dah lama belajar bahawa cara pemikiran dan pilihan korang tak perlu sama dengan orang lain, dan korang okay dengan tu. Sama seperti perisa cheese yang berani tampil beza di tengah-tengah berpuluh perisa manis.
ChocoNut: Nostalgik dan sentimental
Coklat dan kacang tanah adalah salah satu gabungan yang sangat nostalgik, kan? Jadi padanlah ChocoNut ini dengan mereka yang masih simpan tiket wayang lama dalam laci, yang masih guna cawan lama sebab “sayang nak buang”, dan sentiasa mengenang masa lalu. Hanya kerana korang tahu bahawa benda-benda kecil itulah yang buat hidup rasa lebih bermakna.
Ube: Trendy dan sentiasa up-to-date
Perisa ube atau keladi ni padan sangat dengan mereka yang suka teroka benda baru dan sentiasa tahu trend terkini. Vibrant, fun dan penuh karakter, sama seperti rasa ube yang unik dan menarik perhatian. Kalau ada kedai baru, tempat makan baru, atau benda viral yang baru nak naik, korang dah tahu dah sebab korang memang jenis adventurous.
Durian: Lembut dan setia
Bila pertama kali jumpa, rakan-rakan mungkin rasa korang seseorang yang susah nak dekati. Tapi bila dah lepas fasa kenal-mengenal tu baru sedar yang korang sebenarnya antara orang paling “genuine” yang pernah. Sama seperti durian yang kulitnya nampak keras dan tajam dari luar, tapi isinya lembut dan kaya. Korang pun begitulah.
Ok kat mana nak cuba perisa Deka ni? Memandangkan produk wafer roll Deka ni ada pelbagai jenis, semak produk mana yang ada perisa kegemaran anda di bawah:
- Deka Mini Bites: Choco Choco, Durian, Ube dan Matcha
- Deka Jumbo: Dark Choco & Cheese dan Cheese
- Deka Tin Can: Choco Choco, ChocoNut dan Choco Banana
Deka anjur Roadshow di Pasaraya Hero Puchong
Oh ya, Deka baru-baru ini telah menganjurkan jerayawara (roadshow) di Pasaraya Hero Bandar Puteri Puchong dari 1 Mei hingga 17 Mei lalu.

Sepanjang Deka Wafers Roll Mini Carnival berlangsung, pengunjung berpeluang menikmati sampel produk Deka secara percuma, menyertai pelbagai aktiviti dan permainan menarik, serta melihat sendiri pelancaran pembungkusan baharu Deka yang tampil lebih moden dan segar.
Rasanya? Korang jangan risau, memang sedap macam biasa! Sesuailah dengan tagline mereka “Wajah baharu, rasa tetap padu”.
View this post on Instagram
Deka anjur peraduan hingga penghujung Jun, boleh menang hadiah bernilai sehingga RM20k
Yang menariknya, keseronokan itu masih belum berakhir.
Deka kini sedang mengadakan peraduan peringkat nasional dengan hadiah bernilai sehingga RM20,000 untuk dimenangi (tertakluk kepada terma dan syarat).
Hadiah utama pun menarik iaitu Nintendo Switch 2!
Peraduan ini berlangsung sehingga 30 Jun 2026 dan terbuka kepada semua pelanggan yang ingin memeriahkan pengalaman bersama Deka.

Nak sertai peraduan ini pun mudah sahaja! Anda hanya perlu:
- Beli Deka Wafer (minimum pembelian RM20)
- Scan kod QR atau WhatsApp ke 011-63937327
- Hantar gambar resit berserta nama penuh & nombor kad pengenalan
Rujuk terma dan syarat di [SINI]
Turut adakan 2 lagi mini karnival
Selain di Bandar Puteri Puchong, ada dua lagi roadshow Deka Wafer Rolls yang telah dan sedang berlangsung sejak beberapa hari lalu di AEON Bandar Utama (28 Mei – 3 Jun) dan AEON Bukit Tinggi (25 Mei – 1 Jun).
Memang meriah gais! Banyak betul aktiviti menarik yang diadakan.
Sama ada korang penggemar Matcha, Ube, Choco Banana atau geng Cheese, Deka Wafer Rolls sentiasa ada untuk menemani setiap mood dan momen harian korang. Jadi jom tengok mana satu perisa Deka Wafer Rolls yang sesuai dengan personaliti dan aktiviti korang!
“Wajah baharu, rasa tetap padu.”
