Tenis: Djokovic, Medvedev lakar kemenangan di Adelaide International

3 Jan 2023 • 5:34 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

CANBERRA: Novak Djokovic (gambar) dan Daniil Medvedev memulakan musim 2023 dengan melakar kemenangan di Adelaide International.

Pemain nombor lima dunia Djokovic meneruskan rentak kemenangan dalam aksi perseorangan dengan menewaskan Constant Lestienne dari Perancis dengan 6-3, 6-2 di pusingan pembukaan pada Selasa, lapor Xinhua.

Pertembungan yang dinanti-nantikan itu adalah perlawanan perseorangan pertama Djokovic di bumi Australia sejak memenangi gelaran Terbuka Australia kesembilannya pada 2021.

Pemain Serbia itu tidak mempertahankan gelarannya pada 2022 selepas tidak dibenarkan memasuki negara itu.

Terdahulu pada Selasa, pemain nombor tujuh dunia Daniil Medvedev memperoleh sembilan mata set dalam pertemuan menentang Lorenzo Sonego sebelum kecederaan lengan memaksa pemain Itali itu menghentikan permainan.

Medvedev, naib juara Terbuka Australia 2021 dan 2022, mendahului 7-6 (6), 2-1 apabila Sonego menarik diri selepas perlawanan berlangsung kira-kira 100 minit.

Ini bermakna pemain Rusia itu mungkin akan menentang Djokovic di separuh akhir.

Kejohanan Adelaide International adalah antara acara pendahuluan utama Terbuka Australia 2023 yang dijadual bermula 16 Jan.-Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved