Bukan perkara rahsia yang cip Google Tensor menggunakan teknologi Samsung. Tensor G1 yang merupakan cip rekaan kendiri pertama mereka adalah Exynos yang dijenamakan semula sahaja. Pixel 7 sekarang menggunakan Tensor G2 dan akan datang Tensor G3 pula untuk Pixel 8.
Terbaru Tensor G3 dilaporkan akan beroperasi lebih sejuk pada Pixel 8 dan Pixel 8 Pro kerana menggunakan teknologi Samsung. Google dikatakan menggunakan Samsung Foundry FO-WLP untuk pengeluaran Tensor G3 yang menjamin mengurangkan isu memanas dan menggunakan kuasa bateri.

Cip baharu pada Pixel Watch 2 turut dikatakan menggunakan teknologi FO-WLP ini. Buat masa ini spesifikasi Tensor G3 masih tidak jelas dan rekaan juga masih tidak pasti 5nm atau 4nm. Sama-sama kita nantikan bulan Oktober akan datang.
- Sumber
- Android Police
