Tentera AS Arahkan 21 Kapal Patah Balik Di Iran - CENTCOM

WorldPolitics
18 Apr 2026 • 2:06 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Tentera AS Arahkan 21 Kapal Patah Balik Di Iran - CENTCOM

HAMILTON (Kanada) 18 April (Bernama-Anadolu) -- Tentera Amerika Syarikat (AS) telah mengarahkan 21 kapal untuk berpatah balik sejak sekatan tentera laut bermula di pelabuhan Iran, kata Komando Pusat AS (CENTCOM) pada Jumaat, lapor Anadolu Ajansi.

“Pemusnah peluru berpandu berpandu USS Michael Murphy (DDG 112) membuat rondaan di Laut Arab, 17 April, ketika tentera AS menguatkuasakan sekatan laut ke atas kapal-kapal yang cuba memasuki atau keluar dari pelabuhan Iran,” menurut CENTCOM dalam catatan di X.

Menurut CENTCOM "sejak bermulanya sekatan, 21 kapal telah mematuhi arahan daripada tentera AS untuk berpatah balik dan kembali ke Iran."

Penghantaran barangan melalui Selat Hormuz telah mengalami gangguan teruk sejak perang AS-Israel menentang Iran bermula pada 28 Feb dan sekatan tentera laut AS yang diumumkan pada 13 April.

Baca juga:

Kira-kira 20 peratus bekalan minyak global melalui selat itu setiap hari dan rasa tidak selamat yang semakin meningkat telah meningkatkan harga minyak serta kos penghantaran dan insurans.

Iran pada Jumaat berkata Selat Hormuz kini dibuka sepenuhnya untuk kapal komersial, sejajar dengan gencatan senjata selama 10 hari di Lubnan yang berkuat kuasa tengah malam Khamis, namun di sepanjang laluan yang ditetapkan.

Presiden AS Donald Trump berkata sekatan tentera laut akan "terus berkuat kuasa sepenuhnya" sehingga "rundingan kami dengan Iran 100 peratus selesai," iaitu bermakna apabila perjanjian damai ditandatangani.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved