Tentera Darat sumbang 27 ekor lembu, semai semangat pengorbanan demi agama dan rakyat

LocalPolitics
10 Jun 2025 • 5:53 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Tentera Darat Malaysia menyumbangkan sebanyak 27 ekor lembu sempena ibadah korban tahun ini, melibatkan pengagihan kepada keluarga fakir miskin, rumah anak-anak yatim dan sekolah tahfiz di sekitar ibu negara.

Program dimulakan dengan simbolik penyerahan pisau kepada wakil peserta korban, sebelum diteruskan dengan proses penyembelihan dan pengagihan daging kepada penerima yang terlibat.

image is not available

Kredit Foto: Muhamad Shah Nazrin (Ketua Media Edar Makanan Gelandangan)

image is not available

Tentera Darat sumbang 27 lembu

Menurut kenyataa, kesemua lembu tersebut merupakan hasil sumbangan serta penyertaan anggota dan warga Tentera Darat sendiri.

Seramai 425 petugas terlibat dalam pelaksanaan program korban ini, yang melibatkan Markas Tentera Darat di Kementerian Pertahanan, Kem Sungai Besi dan Kem Wardieburn.

image is not available

image is not available

Program ini merupakan acara tahunan yang menjadi sebahagian daripada komitmen Tentera Darat dalam menghayati semangat pengorbanan, selain memperkukuh nilai kemanusiaan dan kebersamaan dalam kalangan anggotanya.

image is not available

“Sebagai tentera, kita bukan hanya setakat berkorban, malah kita sanggup berkorban nyawa,” jelas kenyataan itu.