Tentera Israel kembali serbu Hospital Al-Shifa, kali ini masuk guna jentolak, kereta kebal

16 Nov 2023 • 9:43 AM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

GAZA – Tentera Israel malam tadi menyerbu Hospital Al-Shifa, buat kali kedua dalam tempoh 24 jam.

Sumber tempatan berkata, Israel menggunakan jentolak dan kereta kebal untuk memasuki kompleks perubatan itu dari pintu masuk barat, malam tadi.

Kereta kebal Israel turut berada di sekitar kawasan hospital sejak seminggu lalu.

Tentera Israel berundur dari kompleks tersebut malam semalam selepas melakukan serbuan pada waktu subuh.

Bagaimanapun rejim Zionis itu masih mengepung kawasan hospital yang sebelum ini didakwa menjadi pusat operasi Hamas.

Malah, tentera Israel mendakwa pihaknya menemui ‘peralatan ketenteraan dan tempur’ di dalam kawasan hospital dalam operasi serbuan semalam.

Perkara itu bagaimanapun dinafikan oleh Hamas dan pengarah di hospital berkenaan. – 16 November, 2023

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved