Tentera israel letupkan pangsapuri warga Palestin

23 May 2023 • 3:26 PM MYT
UmmahToday
UmmahToday

From Ummah To Ummah News Portal

image is not available

RAMALLAH: Tentera israel meletupkan pangsapuri milik keluarga pemuda Palestin yang terbunuh Mutaz Khawaja di perkampungan Ni’lin, barat bandar Ramallah di Tebing Barat yang dijajah.

Rumah yang disasarkan itu terletak di tingkat dua bangunan yang terdiri daripada empat tingkat. Ia didiami oleh lima orang.

image is not available

image is not available
Kredit Foto Twitter WAFA News Agency

Unit tentera israel yang terdiri daripada 50 buah kenderaan menyerbu Ni’lin pada lewat malam, mengepung beberapa rumah, termasuk bangunan Khawaja, dan memaksa penduduknya keluar sebelum meneruskan operasi meletupkannya.

Akibatnya, konfrontasi telah tercetus antara pemuda Palestin dan tentera israel, yang melepaskan peluru hidup dan bom gas yang mengakibatkan dua orang tercedera di tangan serta bahu.

image is not available

Rakyat Palestin dizalimi setiap hari, tanah mereka dirampas oleh peneroka haram israel.

Kini mereka dijajah dan dipaksa merempat dibumi sendiri.

Sumbangan anda untuk rakyat Gaza & Palestin sangat diperlukan dalam usaha meringankan penderitaan mereka.

ATAU menerusi
Akaun Maybank Dana MAPIM:
5622 6354 0066

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia