Tentera Israel tahan 4 kanak-kanak Palestin di Bethlehem

22 Aug 2022 • 10:30 AM MYT
UmmahToday
UmmahToday

From Ummah To Ummah News Portal

image is not available

Oleh Khairulanwar Dahlan – Wartawan Pelatih Ummah Today

BETHLEHEM: Israel terus menunjukkan sikap tidak berperikemanusiaannya apabila telah menahan empat kanak-kanak Palestin pada hari Ahad.

Ini selepas pihak tentera menyerbu perkampungan Beit Fajjar di wilayah Bethlehem, Tebing Barat menurut agensi berita Palestin WAFA.

Sumber keselamatan Palestin memberitahu agensi tersebut bahawa pihak tentera telah menahan Hamada Jamal Hasan, 16, Ali Jihad Thawabteh, 15, Wadea Mahmoud al-Sheikh, 15, dan Yousef Thawabteh, 15, selepas mereka menyerbu dan menggeledah rumah keluarga kanak-kanak tersebut.

image is not available

Namun begitu sumber memberitahu bahawa keempat-empat kanak-kanak tersebut telah dibawa ke tempat yang tidak diketahui oleh pihak tentera Israel.

Hampir setiap hari, pasukan pendudukan Israel telah melakukan serbuan yang menyasarkan komuniti Palestin. Mereka telah melakukan penggeledahan dan penangkapan tanpa memberikan alasan yang munasabah.

Amalan ini telah dilakukan oleh mereka pada waktu malam dan telah menjadi rutin harian di bawah rejim tentera Israel. – Palestinechronicle


image is not availableMASA UNTUK BERTINDAK!
Sumbangan anda untuk rakyat Palestin yang menderita sangat diperlukan.

ATAU menerusi Akaun Maybank Dana MAPIM :

5628 3463 6620

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia