Pembunuhan Shireen Abu Akleh: Dimana perginya keadilan ?

19 Aug 2022 • 12:06 PM MYT
UmmahToday
UmmahToday

From Ummah To Ummah News Portal

image is not available

Oleh Khairulanwar Dahlan – Wartawan Pelatih Ummah Today

KUALA LUMPUR” “Ketiadaan siasatan Amerika Syarikat terhadap pembunuhan wartawan Palestin-Amerika oleh Israel menunjukkan ‘kekurangan akauntabiliti’” – kata keluarga Shireen Abu Akleh

Ini menunjukkan keadilan masih lagi sukar buat wartawan veteran Aljazeera Shireen Abu Akleh yang telah ditembak mati oleh tentera Israel pada 100 hari lalu.

Shireen telah dibunuh oleh tentera Israel pada 11 Mei, beliau adalah wartawan televisyen veteran yang menjadi terkenal diseluruh dunia Arab kerana liputan beraninya mengenai konflik Israel-Palestin.

image is not available

Semalam rangkaian Media Al Jazeera (AJMN) telah mengadakan beberapa siri acara bagi mengingati 100 hari sejak pembunuhan wartawan Palestin Shireen Abu Akleh.

Solidariti pada hari Khamis itu telah berlangsung di ibu pejabat rangkaian itu di ibu kota Qatar, Doha, Malaysia dan seluruh pejabatnya di seluruh dunia. Puluhan kakitangan AJMN telah menyertai solidariti tersebut.

Dalam satu kenyataan AJMN turut menyeru semua organisasi hak asasi manusia, akhbar antarabangsa, kerajaan, wartawan dan sesiapa sahaja untuk menuntut keadilan bagi Shireen yang dibunuh secara terang-terangan.

image is not available

Dalam masa yang sama, rangkaian tersebut berjanji menyerahkan kes kepada Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) di The Hague bagi menyiasat pembunuhan Shireen.

Untuk makluman, Shiree dilahirkan di Baitulmaqdis pada 1971, beliau merupakan warganegara Amerika Syarikat bekerja untuk beberapa saluran media termasuk Radio Voice of Palestin dan saluran satelit Amman TV.

Shireen memasuki rangkaian Media Al Jazeera pada tahun 1997 setahun selepas saluran tersebut dilancarkan. Beliau merupakan salah seorang wartawan lapangan pertama rangkaian bahasa Arab yang berpangkalan di Qatar dan mendapat kemasyhuran kerana liputannya mengenai Intifada Palestin kedua pada tahun 2000.

image is not available

Dibunuh ketika membuat liputan serbuan tentera Israel di bandar Jenin di Tebing Barat. Walaupun memakai jaket ‘PRESS’ atau wartawan Shireen menjadi sasaran penembak tepat tentera Israel.


image is not availableMASA UNTUK BERTINDAK!
Sumbangan anda untuk rakyat Palestin yang menderita sangat diperlukan.

ATAU menerusi Akaun Maybank Dana MAPIM :

5628 3463 6620

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia