Tentera Laut Israel Pintas Kapal GSF Menuju Gaza

WorldPolitics
30 Apr 2026 • 10:40 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Tentera Laut Israel Pintas Kapal GSF Menuju Gaza

Tentera Laut Israel Pintas Kapal GSF Menuju Gaza

Tentera laut Israel dilaporkan memintas kapal-kapal Global Sumud Flotilla di perairan antarabangsa pada lewat Rabu ketika konvoi itu dalam perjalanan ke Gaza bagi memecahkan sekatan ke atas wilayah berkenaan, lapor Anadolu Ajansi.

Global Sumud Flotilla memaklumkan bot-bot tentera Israel telah mengepung konvoi tersebut di perairan antarabangsa berhampiran pulau Crete, Greece, selain mendakwa komunikasi turut terganggu dan hubungan dengan 11 buah kapal terputus.

Gerakan itu turut menyatakan bahawa pasukan tentera laut Israel dilihat berada berhampiran kapal serta mengacukan senjata ke arah individu di atas kapal, sambil menegaskan tentera laut Israel tidak boleh menutup suara yang menuntut keadilan.

Dalam kenyataan sama, Global Sumud Flotilla menyeru kerajaan-kerajaan berkaitan supaya mengambil tindakan bagi melindungi kapal mereka serta memastikan Israel dipertanggungjawabkan.

Flotilla berkenaan yang membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza itu bertujuan memecahkan sekatan Israel dan membuka laluan koridor kemanusiaan melalui laut.

AA melaporkan insiden tersebut berlaku beberapa jam selepas laporan media menyebut Israel sedang bersiap sedia untuk memintas flotilla yang terdiri daripada kira-kira 100 bot dan hampir 1,000 aktivis dari pelbagai negara.

Israel telah mengenakan sekatan ke atas Semenanjung Gaza sejak 2007, yang menurut laporan menyebabkan kira-kira 1.5 juta penduduk Palestin kehilangan tempat tinggal selepas kediaman mereka musnah dalam konflik berterusan.

Baca juga: