Tentera Yaman Lancar Serangan Hipersonik ke Atas Lapangan Terbang Israel

WorldPolitics
28 Aug 2025 • 7:35 AM MYT
The Malaysian Update
The Malaysian Update

Portal berita pilihan anda untuk isu semasa, politik, hiburan, & banyak lagi

image is not available

SANAA – Angkatan Bersenjata Yaman melancarkan serangan ketenteraan menyasarkan Lapangan Terbang al-Lydd Yafa di Israel menggunakan peluru berpandu balistik hipersonik jenis Palestine-2, semalam.

Operasi Capai Matlamat

Jurucakap tentera Houthi, Brigedier Jeneral Yahya Saree berkata, operasi itu berjaya mencapai objektif dengan melumpuhkan operasi di lapangan terbang berkenaan sekali gus memaksa jutaan penduduk Israel berlindung di bawah tanah.

Tindak Balas Terhadap Pencerobohan Israel

“Serangan ini adalah tindak balas terhadap kepungan, kebuluran dan pencerobohan berterusan Israel, khususnya selepas dunia mengiktiraf krisis kemanusiaan yang semakin parah di Gaza,” katanya dalam kenyataan.

Tanggungjawab Agama dan Moral

Beliau menyifatkan operasi itu sebagai tanggungjawab agama dan moral terhadap rakyat Palestin yang terus ditindas, selain menggesa dunia Arab dan Islam untuk bertindak menentang pembunuhan beramai-ramai serta kebuluran di Gaza.

Menurut Saree, penderitaan rakyat Palestin menuntut tindakan nyata bagi menamatkan kepungan serta serangan berterusan Israel. – The Malaysian Update

The post Tentera Yaman Lancar Serangan Hipersonik ke Atas Lapangan Terbang Israel appeared first on The Malaysian Update.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved